Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Tampil Dengan Rekaan Warna Kebangsaan Ikonik, PUMA Dan FAM Lancar Jersi Baharu Harimau Malaya

Jenama sukan terkemuka dunia, PUMA dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam melancarkan jersi baharu skuad Harimau Malaya sebagai simbolik bermulanya era baharu bola sepak negara.

Menurut laporan Bernama, ia menjadi simbolik untuk menyemarakkan revolusi Harimau Malaya yang sedang rancak ketika ini terutama ketika skuad negara mempunyai tugasan penting mengharungi Kelayakan Piala Asia yang akan bermula Mac depan.

PUMA dan FAM lancar jersi baharu Harimau Malaya

PUMA Dan FAM

Foto: Utusan Malaysia
Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin berkata, kerjasama dengan PUMA itu menandakan satu lembaran baharu dan menarik untuk bola sepak Malaysia.
“Kepakaran mereka dalam inovasi pakaian sukan dan pengiktirafan global bukan sahaja akan menyediakan pemain kita dengan peralatan yang mereka perlukan untuk bersaing di peringkat tertinggi tetapi juga membantu memupuk hubungan yang lebih mendalam di antara pasukan dan para penyokong.
“Bersama-sama, kita menyasarkan untuk mencipta budaya bola sepak yang lebih bertenaga di Malaysia, memberi inspirasi kepada kedua-dua pemain dan peminat sambil kita meningkatkan sukan ini ke tahap yang lebih tinggi,” katanya sempena majlis pelancaran jersi baharu itu di PUMA Flagship Store di Sunway Pyramid Mall, Kuala Lumpur, semalam.

Jersi Harimau Malaya tampil dengan warna kebangsaan ikonik

PUMA Dan FAM

Foto: Facebook FAM

Menurut laporan MalaysiaGazette pula, turut hadir, Pengarah Urusan PUMA Asia Tenggara & Oceania, Sanjay Roy dan Pengurus Negara PUMA Malaysia, Steven Tan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Jersi rasmi ‘home’ dan ‘away’ Harimau Malaya direka dengan warna kebangsaan ikonik pasukan, iaitu kuning dan hitam.

Jersi tersebut kini boleh dibeli di kedai PUMA terpilih di seluruh negara pada harga RM319.

PUMA Dan FAM

Foto: Facebook FAM

Artikel lain: FAM Umum Teraju Struktur Organisasi Baharu Harimau Malaya

Pengenalan jersi tersebut juga bermakna FAM telah memeterai kerjasama empat tahun dengan PUMA yang akan menjadi rakan pakaian rasmi Harimau Malaya dan mengukuhkan komitmen bersama kedua-dua pihak untuk memajukan bola sepak di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, Sanjay Roy turut menyifatkan kerjasama dengan FAM itu menandakan satu peristiwa penting bagi PUMA kerana mereka dapat membantu dalam bola sepak negara.

“Kami berdedikasi untuk melengkapkan Harimau Malaya dengan produk inovatif yang memperkasakan mereka untuk mencapai matlamat sambil meraikan kuasa sukan ini untuk bersatu dan memberikan inspirasi,” ujarnya.

Sumber: Bernama, MalaysiaGazette, Facebook FAM

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd