Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tampil Bertudung, Lucinta Luna Pesan Tutup Aurat Di Bulan Ramadan

Sudah hampir seminggu umat Islam menyambut bulan Ramadan. Para selebriti yang biasa terlihat agak seksi kebanyakkannya mengambil pendekatan untuk mengurangkan penampilan mencolok mata bagi menghormati bulan puasa.

Perkata tersebut turut dilakukan oleh selebriti transgender Indonesia, Lucinta Luna yang memang terkenal dengan imej terdedah.

Pesan jaga lisan dan tutup aurat

Menerusi Instagramnya baru-baru ini, Lucinta Luna telah memuat naik ucapan Ramadan sambil berkongsi videonya bertudung dan berbaju longgar.

Tak hanya itu dia juga mengajak orang ramai supaya menjaga lisan dan menutup aurat bagi menghormati Ramadan yang baru sahaja menjelma.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seperti biasa, ruangan komen selebriti kontroversi itu dipenuhi dengan pelbagai maklum balas dari netizen negara ‘seberang’ yang kebanyakkannya ‘bingung’ dengan penampilan Lucinta Luna.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tapi minta didukung lelaki lepas buka puasa?

Walau bagaimanapun, dalam perkongisan terbarunya, dia telah berkongsi video memeluk dan didukung oleh lelaki yang juga artis Indonesia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Di ruangan kapsyen, dia menyatakan berasa selesa apabila datang ke rumah lelaki-lelaki kacak bagi berbuka puasa bersama.

Untuk rekod, Lucinta Luna beberapa kali mencetuskan kontroversi terutama berkaitan pembedahan plastik bagi mencantikkan lagi wajahnya supaya terlihat seperti selebriti Korea Selatan.

Namanya mulai dikenali di Malaysia apabila berduet dengan usahawan-usahawan kontroversi seperti Dato’ Seri Aliff Syukri dan juga Nur Sajat beberapa tahun lepas menerusi lagu Bobo Dimana.

Sumber: Instagram Lucintaluna_manjalita

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd