Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tampil Berlebihan? Anya Geraldine Dituduh Mahu Perhatian, ‘Caras’ Pengantin Perempuan

Pelakon popular Indonesia, Anya Geraldine menerima kecaman hebat gara-gara mengenakan persalinan busana cantik sewaktu menghadiri majlis perkahwinan rakan artis Chelsea Islan baru-baru ini.

Memetik laporan InsertLive, pelakon berusia 27 tahun itu dilihat menggayakan dress tanpa lengan berwarna silver dengan bentuk rekaan ‘bling bling’ membuatkan dirinya mencuri tumpuan ramai.

Meskipun tampil menyerlah dan memukau, segelintir warganet seolah-olah tidak berpuas hati mengatakan Anya ‘tersalah’ memilih fesyen bagi majlis yang berlangsung di Hotel Mulia Senayan, Jakarta itu.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by anya geraldine (@anyageraldine)

Mana tidaknya, penampilan ‘glamour’ pelakon drama Layangan Putus itu dikatakan telah ‘mencaras’ aura pengantin perempuan yang sepatutnya lebih mendapat perhatian daripada tetamu.

Disebabkan perkara itu, Anya atau nama sebenarnya Nur Amalina Hayati dituduh ‘over’ atau sengaja berlebih-lebihan sekali gus disamakan seperti menghadiri acara fesyen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beberapa individu memberi nasihat bahawa dia sepatutnya tidak berlebihan dan perlu menghormati pasangan pengantin yang menjadi ‘tuan rumah’ dalam majlis berkenaan.

Tu bukan majlis kahwin kau

Nak tarik perhatian orang ke?

Macam pergi pertunjukan fesyen

Namun begitu, masih terdapat peminat memberi komen positif yang memuji penampilannya kerana dilihat anggun dan menawan dengan cara tersendiri.

Sumber: InsertLive , Instagram Anya Geraldine

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd