Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tamim Dahri didakwa rosakkan simbol agama Hindu, mengaku tidak bersalah

Aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Langkawi hari ini atas pertuduhan merosakkan objek yang menjadi simbol keagamaan penganut Hindu pada Mac lalu.

Menurut laporan Kosmo! Online, Tamim Dahri, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hemy Annerina Haja Mydin.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa merosakkan sebuah tombak bercabang tiga atau soolam yang merupakan simbol keagamaan penganut Hindu di kawasan tapak lama Kuil Sri Muniswarar, Selat Panchor, Kuah, antara jam 3.30 petang hingga 6.30 petang pada 8 Mac lalu.

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut dengan mengetahui bahawa tindakan memijak objek berkenaan boleh dianggap sebagai penghinaan terhadap agama Hindu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ain Nur Sofea Noridan, manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Hanif Hassan.

Dalam prosiding berkenaan, pihak pendakwaan memohon supaya tertuduh tidak diberikan jaminan atas alasan wujud kebimbangan dia melarikan diri melalui laluan tidak rasmi, selain mendakwa tiada rekod kemasukan semula tertuduh ke negara ini.

Bagaimanapun, peguam bela menyangkal perkara itu dengan menjelaskan tertuduh tidak mempunyai pilihan untuk kembali ke negara ini selepas pasportnya dibatalkan berikutan waran tangkap yang dikeluarkan susulan pertuduhan pertama pada 17 Mac lalu.

Foto: Kosmo! Online

Peguam turut memaklumkan pertuduhan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan merupakan kesalahan yang boleh dijamin.

Mahkamah kemudian menetapkan jumlah jaminan sebanyak RM10,000 dengan dua penjamin, selain mengarahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan beliau perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap dua minggu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tertuduh difahamkan akan menjelaskan bayaran jaminan tersebut.

Mahkamah menetapkan 23 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sumber: Kosmo! Online (Nur Amalina Azman)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd