Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tambang Bas Kategori Perkhidmatan Ekonomi Naik 10 Peratus, APAD Buka Permohonan LPS

Kadar tambang bas ekspres kategori perkhidmatan ekonomi mengalami naik 10 peratus sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Menerusi satu kenyataan, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) berkata kenaikan itu bakal bermula pada 4 hingga 17 April ini.

https://www.facebook.com/APADchannel/posts/pfbid0XVDT2i3k3ysJCB36VqbbpKPVr1djfcAW84v1Fcw44zsSgRjsaaNx5fvRA4DPkLf4l

“Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan surcaj musim perayaan sebanyak RM0.009 sekilometer (skm) iaitu kenaikan 10% ke atas kadar tambang bas semasa bas ekspress perkhidmatan ekonomi bagi perayaan Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Dalam pada itu, APAD juga telah membuka permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal dirai pada 10 dan 11 April 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Permohonan LPS Hari Raya Aidilfitri ini terbuka kepada semua pengendali bas yang layak bermula 11 Mac hingga 2 April 2024.
“Tempoh sah laku LPS bagi semua permohonan yang diluluskan ialah dari 4 hingga 17 April 2024,” ujarnya.

Foto: Astro Awani

APAD mengambil langkah demikian bagi memastikan perkhidmatan bas ekspres mencukupi dan menampung peningkatakn penumpan yang pulang ke kampung halaman sempena musim perayaan.

Sementara itu, APAD juga menyenaraikan beberapa ketetapan syarat bagi pengendali bas ekpsres yang mahu memohon LPS, seperti mematuhi polisi dan spesifikasi kelas lesen Bas Ekpres.

Selain itu, bas ekpres hendaklah dilengkapi sistem GPS, had usia penggunaan tidak melebihi 10 tahun dan terhad kepada jenis perkhidmatan ekonomi sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Disamping itu, bagi bas ekspres dan bas persiaran yang melebihi had usia penggunaan dan telah mendapat kelulusan Laporan Puspakom VR1 Khas (Kod 9009) juga dibenarkan untuk memohon.

Permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat boleh dikemukakan secara fizikal di semua Pejabat Wilayah dan kaunter APAD di Pejabat JPJ.

Tambang bas kategori perkhidmatan ekonomi naik 10 peratus

Foto: Kosmo!

Pada masa yang sama, APAD juga menyeru kepada semua pengendali agar sentiasa memberikan perkhidnatan yang berkualiti, menepati jadual tambang dan jadual perjalanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pengendali juga perlu menjamin keselamatan pengguna dan memastikan pemandu bas mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan.
“Sebarang perlanggaran syarat lesen yang telah ditetapkan boleh menyebabkan pengendali dikenakan tindakan berdasarkan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).
“Pihak APAD memohon kerjasama semua pihak dalam usaha memperkasakan perkhidmatan pengangkutan awam kepada rakyat,” katanya.

Sumber: Facebook APAD

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menegaskan komitmennya untuk terus bersama kelab Harimau Selatan bagi tempoh yang panjang. Menurut laporan Kosmo!...

Politik

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan telah mengkritik kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya...

Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan mengumumkan larangan penyertaan kanak-kanak sebagai jemaah semasa musim haji 2025. Dilarang sertai musim haji 2025 Foto: Azernews...

Lokal

Punca seorang lelaki menembak tukang cuci di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam malam tadi mungkin disebabkan tidak puas hati ditegur supaya mengalihkan barang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd