Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Tular Berkelakuan Tak Senonoh Dalam Masjid Ada Kad OKU

Seorang lelaki berusia 20 tahun yang didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh di sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat pada Rabu berjaya ditahan polis, lapor Kosmo! Online.

Berkelakuan tak senonoh dalam masjid

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd. Jumazanzahir Chek Ismail, suspek diberkas pada jam 3.15 pagi di Taman Air Biru, Pasir Gudang, Johor Bahru oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Segamat.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu bukan merupakan penduduk Segamat dan memegang kad orang kurang upaya (OKU) kategori pembelajaran. Suspek juga tiada rekod lampau dan bebas pengambilan bahan terlarang,” katanya dihubungi Kosmo! Online hari ini.

dalam masjid

Mohd. Jumazanzahir berkata, suspek direman selama empat hari sehingga 9 Mac untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan detik cemas seorang wanita apabila didakwa diganggu seorang lelaki separuh bogel yang melakukan perbuatan lucah di dalam sebuah masjid di Bukit Siput.

Advertisement. Scroll to continue reading.

dalam masjid

Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11.15 pagi ketika mangsa sedang menunaikan solat sunat Dhuha di masjid berkenaan.

Artikel lain: Tanggal Seluar, Pakai Tuala.. Lelaki Berkelakuan Tak Senonoh Dalam Masjid, Intai Jemaah Wanita

Rakaman CCTV berdurasi satu minit 14 saat itu memaparkan suspek dipercayai menanggalkan seluarnya, lalu memakai sehelai tuala sebelum melakukan perbuatan tidak senonoh sambil mengintai mangsa yang sedang mendirikan solat.

dalam masjid

Mangsa yang tersedar kemudian berlari keluar sebelum tampil membuat laporan polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! Online (Farahwahida Ahmad)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd