Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tak Sempat Sampai Sekolah, Pelajar Maut Selepas Motor Bertembung Kereta Guru

Seorang pelajar Tingkatan Lima maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dipandu seorang guru wanita ketika dalam perjalanan ke sekolah di Jalan Felda Sungai Tiang, Pendang hari ini.

Menurut laporan Astro Awani, mangsa Muhammad Hasrul Hakimi Ibrahim, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintenden Arriz Sham Hamezah berkata,  siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa menghala ke sekolah selepas menghantar adiknya ke Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang pada jam 7.20 pagi.

Foto: UTUSAN/ MOHD RAFIE AZIMI

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Apabila sampai di tempat kejadian motosikal mangsa telah bertembung dengan sebuah kereta dipandu seorang guru yang keluar dari simpang kiri.
“Akibat perlanggaran itu mangsa telah terbabas ke kanan jalan dan melanggar pokok dan pagar Pejabat Felda Sungai Tiang,” katanya.

Difahamkan, motosikal ditunggang Muhammad Hasrul bertembung dengan kereta dipandu guru yang mengajar di sekolah adiknya.

Arriz Sham berkata, mayat mangsa di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Astro Awani (Adie Sufian Zulkefli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Spotlight

Penantian bertahun-tahun peminat akhirnya berakhir apabila penyanyi dan pelakon muzikal terkenal Korea Selatan, XIA (Kim Junsu), mengadakan konsert solo pertamanya di Malaysia menerusi XIA...

Lokal

Waris yang terlibat dalam kes penangguhan pengurusan jenazah yang tular baru-baru ini dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan...

Lokal

Enam pelajar lelaki berusia 17 tahun ditahan polis awal pagi tadi kerana disyaki terbabit dalam kes buli membabitkan seorang pelajar junior di sebuah sekolah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd