Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Graduan Tak Sempat Kongsi Kegembiraan, Bapa Meninggal Dunia 15 minit Sebelum Naik Pentas Terima Skrol

bapa meninggal dunia

Seorang graduan, Haslina Kalang, 23, tidak dapat menahan sebak apabila menerima berita bapa meninggal dunia kira-kira 15 minit sebelum menaiki pentas menerima skrol Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa, pagi tadi.

Bapa meninggal dunia 15 minit sebelum

Memetik laporan Harian Metro, graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berasal dari Tawau, Sabah itu ada menghubungi ibunya, Kurniati Iskandar, 48, untuk bertanya mengenai keadaan bapanya, Kalang Tona, 56, sebelum itu.

Namun, Haslina tidak dapat bercakap dengan bapanya kerana dia sedang mandi. Namun, tidak menyangka menerima panggilan bapa telah meninggal dunia tidak lama selepas itu.

“Sebelum masuk dewan, saya ada hubungi ibu kerana mahu bercakap dengan ayah, tetapi ibu memberitahu ayah sedang mandi.
“Bagaimanapun, ketika berada dalam dewan dan kira-kira 15 minit giliran naik ke pentas, saya menerima panggilan daripada jika memaklumkan bapa sudah meninggal dunia,”ujarnya.

bapa meninggal dunia

Artikel lain: 14 Tahun Menanti Zuriat, Bapa Sedih Anak ‘Gugur’ Akibat Diserang Israel

Advertisement. Scroll to continue reading.

Datang bersama kakak, bapa suruh hadir majlis konvokesyen

Anak kedua daripada lima beradik berkata, dia datang ke Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-15 sejak semalam dengan ditemani kakak sulung, Kasnia, 24, untuk mengambil skrol.

Menurut Haslina, hatinya memang berat untuk datang ke Terengganu, namun bapa memintanya untuk menghadiri ke majlis konvokesyen terbabit.

Mengulas lanjut, Haslina berkata keadaan bapanya sedikit merosot sejak kebelakangan ini.

“Bapa diserang angin ahmar pada tahun lalu, namun sejak kebelakangan ini keadaan kesihatannya sedikit merosot kerana sering terjaga pada waktu tengah malam dan sukar tidur.
“Selepas habis belajar di Unisza tahun lalu, saya dan ibu menjaganya. Malah, apa yang menyedihkan saya tidak sempat berkongsi hari gembira ini dengan bapa,” katanya.

Suasana pilu turut menyelubungi di dalam dewan apabila Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan, Prof Madya Dr Syarilla Iryani Ahmad Saany memeluk Haslina di depan Pro Canselor UniSZA, Tan Sri Mohd Yusof Noor.

bapa meninggal dunia

Dalam pada itu, Haslina turut berterima kasih kepada pengurusan UniSZA kerana membantu membiayai dengan memberikan RM2,500 untuk kos penerbangan ke Tawau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah Haslina, dia sepatutnya pulang ke Tawau, esok, namun mengambil keputusan balik bersama dengan kakak dengan segera, hari ini.

Sumber: Harian Metro (Faizul Azlan Razak), Buletin TV3

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membatalkan arahan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah...

Dunia

Bekas Menteri Pendidikan Indonesia merangkap pengasas syarikat teknologi Gojek, Nadiem Makarim, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah oleh sebuah...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan menjadi perhatian selepas didakwa menyiarkan semula perlawanan FIFA World Cup 2026 menerusi platform TikTok tanpa kebenaran daripada Radio Televisyen...

Lokal

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Rimba di sini sejak 23 Jun lalu, dipercayai meninggalkan sekeping...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd