Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tak Sedarkan Diri, Bayi Lima Bulan Meninggal Dunia Di Bawah Jagaan Pengasuh

Seorang bayi lelaki berusia lima bulan disahkan meninggal dunia selepas dilaporkan tidak sedarkan diri semasa berada di bawah jagaan seorang pengasuh wanita di sebuah taska di Kangkar Pulai, Johor Bahru, pada Rabu.

Menurut laporan Majoriti, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan, mengesahkan bahawa pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa yang berusia 31 tahun pada pukul 4.24 petang pada hari yang sama.

Foto: Majoriti

“Siasatan awal mendapati bayi berkenaan tidak sedarkan diri selepas dikejutkan daripada tidur oleh pengasuh, seorang wanita tempatan berumur 34 tahun.
“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah dekat Johor Bahru, Johor namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
“Bedah siasat telah dijalankan dan hasil awal menunjukkan tiada kesan kecederaan luaran pada tubuh bayi. Bagaimanapun, punca sebenar kematian masih dalam siasatan,”  katanya hari ini.

Foto: Majoriti

Setakat ini, tiada tangkapan dilakukan dan kes ini disiasat sebagai mati mengejut (Sudden Death Syndrome – SDR), namun turut disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana disyaki ada unsur pengabaian atau penderaan yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi terhadap kanak-kanak.

Jika sabit kesalahan, pengasuh yang terlibat berisiko dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000, penjara maksimum 20 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Majoriti (Adriana Mroon Ambrose)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan...

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Dunia

Israel dilaporkan tidak membenarkan umat Islam menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, dengan alasan sekatan keselamatan susulan konflik berterusan...

Sosial

Aktivis Tamim Dahri menyatakan kesediaan untuk pulang ke Malaysia dan menyerah diri kepada pihak polis dalam masa terdekat, namun meletakkan syarat supaya empat rumah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd