Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tak Sampai Setahun, Kewangan Agensi Dua Bintang Running Man Sedang Bermasalah

Belum lagi setahun beroperasi, agensi dua bintang program hiburan terkenal, Running Man iaitu Song Ji-hyo dan Ji Suk-jin iaitu Uzurocks Entertainment dilaporkan mengalami masalah dari segi kewangan.

Menurut laporan kosmo, disebabkan masalah kewangan, agensi tersebut terpaksa memberhentikan beberapa orang pekerja kerana gagal membayar gaji.

Mana tidaknya, pekerja yang terpaksa diberhentikan tidak mendapat gaji selama dua hingga tiga bulan malah, isu tersbeut menjadi lebih teruk apabila bayaran artis turut terjejas.

“Ada sesetengah pekerja tidak dibayar polisi insurans mereka. Saya sendiri tidak dibayar bonus akhir tahun yang sepatutnya diterima bersama gaji.
“Malah, sesetengah selebriti juga tidak menerima bayaran untuk kerja-kerja dilakukan termasuklah melibatkan projek penampilan dan juga lantikan duta,” kata seorang pekerja seperti dipetik dalam laporan sebuah media.

Bukan itu sahaja, ada pekerja yang berhenti secara sukarela kerana bimbang akan masa depan syarikat tersebut yang dilihat sudah semakin goyah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, percubaan media untuk mendapatkan kenyataan serta pengesahan daripada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut, Park Joo-nam yang kini menetap di Amerika Syarikat gagal.

Sumber: Kosmo (Nor Eryani Yusup)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd