Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Tak Salah Sanusi Nak Berangan, Tapi Fokus Dulu Projek LRA – Mahfuz Omar

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Mahfuz Omar menggesa Menteri Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi untuk memberi fokus terhadap projek pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) memandangkan keperluannya lebih mendesak.

Memetik laporan Kosmo, Mahfuz menyatakan bahawa angan-angan kerajaan negeri untuk mewujudkan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di Langkawi tidak menjadi satu kesalahan, namun ia perlu direalisasikan dan bukan sekadar pengumuman semata.

Foto: Kosmo! Online

Beliau juga menyarankan Sanusi untuk memberi perhatian lebih kepada projek LRA kerana ia merupakan keperluan orang ramai untuk menjalani aktiviti harian seperti minum dan mandi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya rasa tak salah nak berangan tetapi buatlah bagi siap litar lumba selain projek air (LRA) dulu kerana ia keperluan orang nak minum dan mandi. Kalau nak buat LRT dalam keadaan tak mandi jadi satu masalah pula bau busuk dalam LRT nanti,” katanya ketika ditemui hari ini.

Dalam pada itu, Mahfuz menyatakan orang ramai mungkin menganggap Sanusi hanya mampu merancang tanpa melaksanakannya sama seperti janji untuk menyiapkan litar lumba yang masih belum dipenuhi serta ketidakjelasan mengenai rencana lapangan terbang (KXP).

Foto: NSTP

Beliau juga berpendapat kewujudan LRT di Langkawi bukanlah satu keperluan yang mendesak kerana jaraknya yang tidak jauh sekali gus dapat memberi peluang kepada pengusaha kereta sewa untuk mencari rezeki.

Foto: Free Malaysia Today

“Dulu kata nak siap litar lumba, kemudian LRA 2023 pun tak siap dan selepas itu kata lapangan terbang (KXP) penerbangan pertama semua dah atur tapi landasan tak tahu ke mana,” ujarnya.

Selain menganggap keperluan LRT di Alor Setar lebih diperlukan, Mahfuz turut berseloroh dengan menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu untuk menghiburkan pemimpin dan Presiden Pas dengan nyanyiannya berbanding meneruskan angan-angan yang tidak logik itu.

“Jadi saya anggap lebih baik dia menyanyi menghiburkan ulama Pas kerana ia suatu hiburan kepada pemimpin Pas. Nak berzanji atau marhaban mungkin dia tak tahu, jadi dia boleh hiburkan pemimpin, ulama, Presiden Pas dengan nyanyian merdu yang lebih baik daripada dia berangan nak buat LRT kerana ia suatu yang tak masuk akal,” jelasnya.

Sumber: Kosmo! Online (Norlida Akmal Idros)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Usahawan yang juga pempengaruh media sosial Anees Ayunie meluahkan rasa syukur apabila sekali lagi menerima hadiah sebuah rumah daripada suaminya bersempena kehamilan anak kedua...

Nasional

Kerajaan Malaysia dan Hungary memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Stipendium Hungaricum Scholarships bagi tempoh 2026 hingga 2028. Ia sekali gus memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan...

Nasional

Sebanyak 141 petugas haji terdiri daripada kakitangan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berlepas ke Arab Saudi hari ini bagi melaksanakan...

Lokal

Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap seorang anggota tentera berpangkat koperal selepas mangsa yang sebelum ini cedera parah akibat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd