Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tak Pernah Sambut ‘Birthday’, Budak Sebak Cikgu & Rakan Kelas Buat Kejutan

Tak pernah sambut ulang tahun kelahiran, budak yang dipercayai murid sekolah rendah menangis terharu apabila hari bermaknanya itu diraikan oleh guru dan rakan kelas telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman X, seorang murid lelaki tergamam di pintu kelasnya selepas melihat persiapan serta nyanyian daripada rakan-rakan sekelasnya.

“Kanak-kanak ini tak pernah sambut ulang tahun kelahirannya, tapi berterima kasih kepada guru dan rakan kelas kerana buat ia terjadi,” ujar pemilik akaun tersebut di kapsyen.

Ramai netizen tersentuh

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan layanan yang diberikan oleh cikgu dan rakan kelas yang sedaya upaya menggembirakan hati kanak-kanak tersebut.

Selamat hari jadi!

Dalam pada itu, netizen turut mengambil kesempatan dengan menzahirkan ucapan selamat hari jadi kepada kanak-kanak tersebut serta mendoakan agar dirinya sentiasa dilindungi selalu.

Sumber: X @TansuYegen

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd