Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tak Perlu Dibatalkan, Konsert Ed Sheeran Terus Gegar Kuala Lumpur Pada 24 Februari

Konsert penyanyi antarabangsa, Ed Sheeran tetap akan diteruskan pada 24 Februari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur seperti mana dijadualkan sebelum ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, beliau sudah merujuk mengenai perkara itu dengan Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL).

Beliau berkata demikian berhubung pandangan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengenai penganjuran konsert Ed Sheeran yang memohon Kementerian Komunikasi mengambil kira dan menghormati pandangan sebelum membenarkan sebarang acara hiburan termasuk konsert.

Pun begitu, beliau menerima secara baik mengenai pandangan Mufti Pulau Pinang selain tampil memberi penjelasan berhubung isu tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya terima baik pandangan Mufti Pulau Pinang mengenai perkara ini. Namun, antara 16 agensi yang terbabit dalam perbincangan untuk memutuskan permohonan mana-mana persembahan artis luar negara melalui jawatankuasa PUSPAL adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Sudah pasti saringan teliti dibuat oleh semua agensi ini. Jadi, saya mohon supaya proses sedia ada ini (diikuti), kita ambil maklum pandangan tetapi kita ada prosesnya,”katanya.

konsert Ed Sheeran

Artikel lain: Ed Sheeran Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Pada Februari 2024

Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang menyuarakan pandangan mengenai larangan aktiviti golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang bukan merupakan ijtihad ulama berdasarkan nusus syar’iyyah yang disebut dengan jelas dalam al-Quran dan hadis.

Ed Sheeran juga didakwa menyokong aktiviti LGBT dan pernah menganjurkan konsert di Malaysia pada April 2019 di stadium sama.

Sementara itu, Fahmi berkata, buat masa ini tiada sebarang perubahan kepada kelulusan permohonan untuk konsert. Akan tetapi, pihaknya akan meneliti perkara berkenaan seandainya perlu diambil sebarang tindakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Buat masa ini, ya (konsert masih boleh diteruskan),” katanya. lagi.

konsert Ed Sheeran

Terdahulu, penyanyi berasal dari United Kingdom, Ed Sheeran mengumumkan dia bakal mengadakan konsert jelajahnya  ‘+ − = ÷ ×’ atau ED The Mathematics Tour ke beberapa buah negara Asia, termasuk Malaysia.

Difahamkan, konsert tersebut dijadualkan pada 24 Februari 2024 dimana akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil bersama tetamu undangan khas, Calum Scoot.

Sumber: BH Online (Mohd Iskandar Ibrahim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kesejahteraan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diletakkan sebagai antara agenda utama dalam Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 dengan penekanan kepada pembangunan semula...

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Lokal

Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas rebah ketika mengikuti latihan rugbi di sebuah sekolah menengah di Telok Mas, petang tadi....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd