Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tak Mahu Persenda Islam, Lucinta Luna Tampil Sebagai Lelaki Jika Ada Rezeki Tunai Umrah

Usai tularnya sebuah berita mengenai figura seorang pempengaruh Indonesia, Isa Zega yang mengerjakan ibadah umrah dengan memakai pakaian wanita, Lucinta Luna tampil memberikan satu respon yang menarik perhatian orang ramai.

Menerusi temu bual di YouTube, iaitu podcast Deddy Corbuzier, Lucinta memberitahu serta tidak mempertikaikan jantina sebenarnya malah secara terbuka mengaku dia dilahirkan sebagai seoramg lelaki.

Borak Mengenai Ibadah Umrah, Lucinta Luna Dedah Dia Akan Pergi Sebagai Jantina... - Edisi Viral Plus

Foto: Instagram lucintaluna_manjalita

“Saya Lucinta Luna alias Ayuna Putri yang telah disahkan oleh mahkamah. Nama sebenar saya Muhammad Fatah dan saya dilahirkan sebagai lelaki,” katanya pada Selasa.

Walaupun sudah menukar jantina secara sah dan biologi, Lucinta atau nama sebenar Muhammad Fattah, 35,  menegaskan dia tidak akan bermain dengan agama seperti Isa Zega, iaitu berpakaian wanita ketika mengerjakan umrah dan kembali menjadi seorang lelaki seperti yang diredhai oleh Islam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: YouTube Deddy Corbuzier

Sebaliknya Lucinta berani bersumpah sekiranya ada rezeki ke Tanah Suci, dia akan tampil sebagai seorang lelaki.

“Sedosa-dosa aku, aku tidak akan bermain atau persenda agama. Aku tidak akan menunaikan umrah sebagai seorang wanita.
“Jika ada rezeki dan sudah bersedia, aku berani bersumpah akan menjadi seorang lelaki apabila menjejakkan kaki ke rumah Allah,” ujarnya.

Viral: Foto Lama Lucinta Luna dan Deretan Nama yang Pernah Digunakan

Foto: Padangkita

Justeru itu, rata-rata warganet kagum dengan pendirian pempengaruh itu dan mendoakan kesejahteraannya agar Lucinta diberikan hidayah untuk kembali kepada fitrah asal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Babak Baru Transgender Isa Zega Usai Dipolisikan karena Umrah Berhijab

Foto: Instagram @zega_real

Terdahulu, warganet kecoh dengan kemunculan personaliti media sosial sensasi, Isa Zega yang juga seorang transgender berani mempersendakan agama dengan mengerjakan umrah sebagai seorang wanita.

Isa tampil mengenakan telekung sehingga ramai mencemuhnya kerana dianggap memperlekehkan kesucian agama Islam.

Sumber: YouTube Deddy Corbuzier, Instagram @zega_real

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd