Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tak Mahu Kelantan Ketinggalan, PM Dijangka Umum Beberapa Berita Gembira Malam Ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan berita gembira berhubung projek dan peruntukan untuk Kelantan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani yang berlangsung malam ini.

Menurut laporan Harian Metro, Anwar berkata, perkara yang akan diumumkan adalah melebihi daripada pengumuman pada Belanjawan Madani sebelum ini.

“Naratif negeri Pantai Timur dan Sabah adalah ketinggalan dan kita bertekad untuk menambah peruntukan serta kemudahan kepada negeri-negeri khususnya Kelantan.
“Malam ini saya mungkin akan menyebut beberapa keputusan baru iaitu lebih dari apa yang diumumkan pada Belanjawan Madani sebelum ini iaitu projek yang saya percaya dapat membantu membangunkan Kelantan.
“Kita tidak mahu Kelantan ketinggalan berbanding negeri-negeri lain,” katanya.

Foto: BERNAMA

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pembinaan Stesen Pertama ECRL, Kota Bharu hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Sumber: Harian Metro (Nor Fazlina Abdul Rahim)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor mengambil keterangan seorang suspek dan beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seekor anjing peliharaan bernama Rocky di Klang...

Sosial

Seorang suami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan selepas isterinya yang hamil tujuh bulan dan anak sulung mereka cedera dalam kemalangan membabitkan...

Sukan

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang akhirnya menamatkan penantian selama 16 tahun untuk meraih pingat emas Sukan Komanwel selepas muncul juara acara keirin...

Sosial

Nama Pak Su Tomoi sekali lagi menjadi perhatian sempena perhimpunan RXZ Members apabila kisah kesetiaannya menghadiri acara itu sejak edisi pertama tular di media...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd