Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tak Larat Sampai Susah Bangun Dari Katil, Demi Lovato Hentikan Konsert Jelajah

Penyanyi antarabangsa, Demi Lovato telah mengumumkan bahawa konsert jelajah untuk promosikan album studio terbaharu dan yang kelapan miliknya bakal menjadi yang terakhir.

Tak larat dah

Menerusi laporan dari Astro Awani memetik dari Insta Story penyanyi tersebut, Lovato memaklumkan yang dirinya sudah tidak larat lagi memandangkan kesihatannya juga kurang baik.
“tidak mampu meneruskannya lagi”.
Saya sakit dan tidak boleh bangun dari katil. Saya tidak mampu meneruskan lagi. Jelajah ini akan menjadi yang terakhir buat saya,” tulisnya.

Minta bantuan peminat sama2 menyanyi

Dalam pada itu, menerusi posting yang berlainan, penyanyi tersebut turut meminta bantuan para peminatnya untuk sama-sama menyanyi dengannya.

Saya perlukan bantuan, jadi menyanyi dengan kuat bersama saya. Saya hampir tidak mempunyai suara, saya akan menghalakan mikrofon kepada penonton malam ini,” katanya.

Siri jelajah selama sebulan

Difahamkan, konsert jelajah tersebut sudah berlangsung selama sebulan dan Lovato kini perlu menghabiskan siri terakhir di Amerika Syarikat.

Dia tidak memberi bayangan akan menghentikan jelajah itu lebih awal, tetapi ia mungkin peluang terakhir peminat untuk menontonnya secara langsung.

Bagi yang belum tahu tentang penyanyi ini, dia telah memulakan kerjayanya pada usia muda bersama Barney and Friends, dan mula menempa nama selepas menyertai Disney menerusi siri Sonny With A Chance, Princess Protection Program dan siri Camp Rock. Dia juga sudah memulakan kerjaya muzik sejak 2008 lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Astro Awani 

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd