Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Tak Langgar Perlembagaan Parti, Enam Bekas MP BERSATU Yakin Kerusi Tidak Dikosongkan

Enam bekas ahli parlimen (MP) BERSATU yang menyuarakan sokongan terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim yakin kerusi yang mereka sandang tidak akan dikosongkan.

Memetik laporan Malaysiakini, Ahli Parlimen Labuan iaitu Suhaili Abdul Rahman berkata tindakan menyokong Kerajaan Madani tidak melanggar perlembagaan parti.

Enam bekas MP BERSATU yakin kerusi tidak dikosongkan

Bekas MP BERSATU Yakin Kerusi Tidak Dikosongkan

Foto: Sinar Harian

Menurutnya, mereka tidak pernah keluar atau melompat parti, sebaliknya mereka dipecat oleh BERSATU dan nama digugurkan daripada sistem.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami berpendapat tidak akan berlaku kekosongan kerusi di kawasan Parlimen kami disebabkan kami tidak pernah meninggalkan parti BERSATU.
“Kami tidak berhenti menjadi ahli kepada parti BERSATU, tetapi apa yang berlaku ialah kami dipecat daripada parti dan nama kami dibuang daripada sistem keahlian BERSATU.
“Dengan ini jelas membuktikan tiada ada unsur kami berenam meninggalkan parti atau melompat ke parti lain yang mana boleh meletakkan kami di perkara 49 A (3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang media di parlimen pada Rabu.

Turut serta pada sidang media itu MP Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, MP Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim, MP Jeli, Zahari Kechik dan MP Tanjung Karang, Zulkafperi Hanapi.

Artikel lain: Pilihan PN Di PRK Sungai Bakap Bukan Kesilapan, Abidin Dicalon Berdasarkan Kajian

Sementara itu, Suhaiali turut menyatakan mereka menyuarakan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan demi rakyat di kawasan masing-masing.

Beliau turut menyalahkan pucuk pimpinan BERSATU yang didakwa enggan menurut titah Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami juga ingin menyatakan kami sokongan kerajaan Madani adalah demi kepentingan rakyat di kawasan Parlimen kami masing-masing yang memerlukan pelbagai bentuk bantuan kebajikan.
“Apa yang menyebabkan kami jadi pembangkang, bukan kami, kami bertanding menang nak jadi kerajaan.
“Yang di-Pertuan Agong sarankan supaya BERSATU menjadi (sebahagian) kerajaan. Tapi dua pucuk pimpinan parti yang buat keputusan untuk jadi blok pembangkang tanpa berbincang dengan kami,” ujarnya.

Sebelum ini, BERSATU telah mengemukakan notis kepada speaker memohon supaya enam kerusi parlimen dipegang oleh wakil rakyat daripada parti itu dikosongkan.

Bekas MP BERSATU Yakin Kerusi Tidak Dikosongkan

Foto: Sinar Harian (Enam MP terlibat)

Terdahulu, Naib Presiden Bersat Ronald Kiandee berkata keahlian parti keenam-enam ahli parlimen yang menyokong Anwar telah terhenti secara serta-merta.

“Justeru, sebagaimana Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan perenggan 3, Speaker Dewan Rakyat perlu memastikan berlakunya kekosongan luar jangka dalam masa 21 hari selepas notis diterima,” kata Ronald.

Sumber: Malaysiakini (Haspaizi Zain & Alyaa Alhadjri & Isabelle Leong)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bapa meluah rasa terkilan sambil menangis selepas mendapati anak perempuannya telah dinikahi dengan pengurus sekolah pondok anaknya tanpa izinnya. Memetika laporan tvonenews, bapa...

Sosial

Lagu rasmi Universiti Teknologi MARA (UiTM) iaitu UiTM di Hatiku menjadi tular di media sosial selepas ia digunakan oleh pelajar-pelajar dari luar negara video...

Sukan

Atlet terjun negara, Bertrand Rhodict Lises dan atlet sukan layar, Nur Shazrin Mohamad Latif diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang dalam upacara perasmian temasya...

Nasional

Program Tabika Pra Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) antara bukti agama Islam tidak terancam di bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan. Memetik laporan Bernama, Timbalan Perdana...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd