Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Tak Cukup Duit Tambang, Pasangan Warga Emas Jalan Kaki Demi Nak Jumpa Cucu

Pihak polis di Jawa Barat Indonesia telah menemukan sepasangan suami isteri warga emas yang berjalan kaki di lebuhraya dipercayai menuju ke rumah anaknya demi melihat cucu yang dirindui.

Jalan kaki di lebuhraya

Menerusi video yang dikongsi Instagram polresumedang, pihak polis di daerah tersebut telah berlari menemui pasangan tersebut yang berjalan di tepi lebih raya dengan membawa beberapa beg.

Mereka memaklumkan mengambil keputusan untuk berjalan kaki kerana tidak mempunyai duit bagi menaiki kenderaan awam menuju ke Rancakalong dari Sumedang Utara.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by POLRES SUMEDANG (@polressumedang)

Susulan daripada itu, pihak berkuasa telah mendekati mereka dan meminta agar pasangan warga emas itu berehat sebelum menghantar mereka berdua ke tempat kenderaan awam di Rancakalong.

Rupanya pasangan tersebut alami masalah ingatan

Walau bagaimanapun, menerusi perkembangan terbaru daripada waris, pasangan tersebut sebenarnya sudah mengalami penurunan daya ingatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka juga menjelaskan baru sahaja pulang menyambut Aidilfitri bersama beberapa hari sebelumnya. Walau bagaimanapun, mereka tidak mengetahui bahawa pasangan berkenaan mengambil keputusan untuk berangkat ke rumah anaknya untuk menjenguk cucu.

Pasangan tersebut juga sudahpun berkumpul dengan ahli keluarganya dan apa yang berlaku hanyalah salah faham kerana masalah ingatan yang dialami mereka yang sudah lanjut usia.

Sumber: Instagram polressumedang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd