Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Tak Cukup Dalam Laut, OceanGate Nak Hantar Pula 1,000 Manusia Tinggal Di Venus

Sebelum ini, syarikat OceanGate pernah mencetuskan kontroversi dimana lima penumpang yang menaiki kapal selam Titan yang bertujuan mahu meneroka sisa bangkai kapal persiaran mewah, Titanic, di dasar Laut Atlantik disahkan meninggal dunia.

Bagaimanapun, pengasas bersama OceanGate Expeditions iaitu Guillermo Söhnlein mempunyai perancangan untuk menghantar 1,000 manusia untuk tinggal di planet Zuhrah (Venus) pada tahun 2050.

Difahamkan,  Söhnlein sudah menyimpan lama hasrat untuk menjadikan manusia sebagai spesies pelbagai planet sejak dia berusia 11 tahun.

Jelasnya, dia tidak mahu membiarkan peristiwa baru-baru ini melemahkan cita-citanya dan mendakwa manusia tak sepatutnya menolak had inovasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Zuhrah adalah planet paling panas dalam sistem suria. Atmosferanya penuh dengan karbon dioksida, suhu permukaannya boleh mencairkan plumbum, dan asid sulfurik.

Bukan itu sahaja, menurut kajian NASA, tekanan atmosferanya yang terdapat di Zuhrah boleh menghancurkan lebih daripada 90 kali ganda daripada Bumi

Walaupun begitu, Söhnlein berpendapat manusia perlu mencuba untuk hidup di planet tersebut. Dia menunjuk kepada penyelidikan yang mencadangkan terdapat sekerat atmosfera Venus kira-kira 30 batu dari permukaan di mana manusia secara teorinya boleh bertahan kerana kurang tekanan dan suhu lebih rendah.

Sumber: Insider (Marianne Guenot)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd