Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tahu Ada Yang Bantah Konsert, Coldplay Minta Maaf & Sayang Rakyat Malaysia

Konsert dari band terkenal British, Coldplay yang bakal berlangsung pada November buat julung kalinya telah mendapat pelbagai respon termasuklah mereka yang membantah pengajurannya.

Sedar akan bantahan sesetengah pihak

Memetik laporan dari Kosmo! merujuk kepada temu bual bersama Hitz FM, vokalis kumpulan Coldplay, Chris Martin mengakui yang mereka sedar tentang hal tersebut.

Dia memohon maaf andai konsert sulung yang bakal mereka adakan buat pertama kali di Malaysia menyinggung sensitiviti sesetengah masyarakat tempatan.

Tetap sayang rakyat Malaysia

Walau bagaimanapun, Chris menyatakan yang dia tetap akan menyayangi rakyat Malaysia kerana menyifatkan rakyat negara ini mesra dan ramah.

“Sesiapa yang tidak gembira dengan kedatangan kami ke negara ini, saya minta maaf dan akan tetap menyayangi kamu.
Setiap kali bertemu rakyat Malaysia, saya seolah jatuh cinta dengan kemesraan mereka. Semua orang dialu-alukan hadir ke konsert kami.
“Kami sayang semua rakyat Malaysia dan tiada yang terkecuali,” kata Martin.
View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Coldplay (@coldplay)

Teruja nak datang Malaysia

Ujarnya lagi, Coldplay sangat teruja untuk bertandang ke Malaysia dan menjayakan konsert pada November nanti kerana ia merupakan persembahan pertamanya di negara ini.

“Saya sangat teruja. Kami bertuah sebab antara matlamat kami adalah untuk mengunjungi negara yang belum pernah dilawati.
“Kuala Lumpur adalah destinasi yang kami idamkan sejak sekian lama dan kami gembira akhirnya dapat menjejakkan kaki ke sini nanti,” katanya.

Untuk rekod, Konsert Coldplay bakal berlangsung pada 22 November 2023. Tiket yang dijual pada 16 dan 17 Mei lalu telah habis terjual dalam masa tiga jam sahaja secara atas talian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, mereka akan mengadakan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selain Chris Martin, band yang dianggotai Johnny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion ini terlebih dahulu akan singgah di  di Taiwan, Jepun, Australia dan Indonesia bagi melengkapkan siri jelajah mereka di Asia.

Sumber: Kosmo! (Hanisah Selamat)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri. Atlet berusia...

Nasional

Seramai 4,300 usahawan di negeri ini menerima manfaat pembiayaan hampir RM100 juta yang diluluskan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membantu mengembangkan perniagaan...

Sosial

Seorang pemandu e-hailing yang tular selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya ditahan polis...

Sosial

Hasrat sepasang kekasih yang bakal mendirikan rumah tangga minggu depan tidak kesampaian apabila wanita yang dinanti untuk bergelar isteri maut dalam kemalangan jalan raya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd