Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tahniah! Song Joong-ki & Isteri Selamat Timang Anak Sulung Lelaki

Peakon terkenal Korea Selatan, Song Joong-ki mendedahkan isterinya, Katy Louise Saunders telah selamat melahirkan anak sulung lelaki, di Itali, semalam.

Difahamkan, perkara tersebut disahkan sendiri oleh aktor yang berusia 38 tahun itu menerusi laman fan cafenya yang memaklumkan isteri serta anaknya dalam keadaan baik.

View this post on Instagram

A post shared by 송중기 songjoongki official (@hi_songjoongki)

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya berada di Itali sekarang. Saya akhirnya bertemu bayi saya di sini di Rom, kampung halaman isteri saya. Dia anak lelaki yang sihat. Kedua-dua bayi dan ibunya sangat sihat, jadi saya menjaga keluarga saya dengan gembira dengan rasa syukur.
“Saya rasa ia adalah hadiah paling berharga yang diberikan kepada kami, dan kami mempunyai impian untuk mewujudkan keluarga bahagia sepanjang hayat kami,” ujarnya.

Sekadar info, Joong-ki pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres popular, Song Hye-kyo pada 2017 selepas sama-sama membintangi drama fenomena, Descendants of The Sun (2016).

Namun, rumah tangga mereka tidak kekal lama apabila pasangan selebriti itu disahkan telah bercerai pada Julai 2019 dah hasil perkahwinan itu, mereka tidak dikurniakan anak.

Sumber: allkpop

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Malaysia bakal merintis perkhidmatan feri penumpang elektrik sepenuhnya yang pertama beroperasi secara komersial merentasi laut terbuka menerusi Projek Feri Elektrik Langkawi, yang dirancang menghubungkan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd