Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tahanan Lolos Dari Lokap Ditahan Semula Dalam Masa 48 Jam

Tahanan lolos dari Lokap Berpusat Kepayan pada Sabtu lalu berjaya ditangkap semula selepas 48 jam.

Dikesan bersembunyi dalam pondok usang

Memetik laporan dari Kosmo! Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Shahurinain memaklumkan yang suspek dikenali sebagai Nazri Hassan berusia 33 tahun telah berjaya ditahan semula pada jam  11.50 pagi.

“Suspek dikesan ketika bersembunyi di sebuah pondok usang di kawasan hutan simpan berhampiran Mimpian Jadi Resort, Tuaran.
“Suspek sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya pada pukul 4 petang tadi
“Polis Sabah berterima kasih atas kepada orang awam yang memberikan kerjasama dan maklumat sehingga suspek berjaya diberkas,” katanya

Tahanan lolos dari lokap panjat jeriji besi

Terdahulu, video suspek melarikan diri sewaktu di Lokap Berpusat Kepayan  telah tular di media sosial. Dia dipercayai melarikan diri sewaktu diiring anggota petugas lokap ke bilik siasatan untuk tujuan soal siasat.

tahanan lolos dari lokap

 

Advertisement. Scroll to continue reading.
Sewaktu lolos, suspek yang direman bermula 10 hingga 18 Disember untuk siasatan mengikut Seksyen 431 A Kanun Keseksaan masih berpakaian lokap berwarna ungu.
Sumber: Kosmo! (Ivan Amirul)

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd