Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tabur Paku Atas Jalan Raya, Pemandu Nissan Almera Dicari Polis

Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan satu video menunjukkan pemandu sebuah kereta menabur paku di persimpangan jalan raya.

Memetik laporan dari Harian Metro, kenderaan jenis Nissan Almera dilihat menabur paku di  kawasan lampu isyarat persimpangan dekat Pusing, Jalan Ipoh-Lumut semalam.

Biadap tabur paku

Pengguna media sosial dikenali sebagai @apanakdikato telah berkongsi nombor plat kereta serta video tindakan biadap pemilik kenderaan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Polis sedang siasat dan kesan suspek

Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif memaklumkan yang pihaknya kini sedang melakukan siasatan dan mengesan pemandu kereta Nissan Almera tersebut selepas video berkenaan tular.

Pihak polis juga telah menerima laporan ada kenderaan yang mengalami tayar bocor sewaktu melalui kawasan tersebut.

Susulan itu, pihaknya daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perlakuan khianat.

“Sehubungan itu, pemilik kereta terbabit iaitu Nissan Almera bernombor pendaftaran AJK869 sedang dikesan untuk siasatan lanjut.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan digesa menghubungi Inspektor Siti Ramlah Abdullah selaku pegawai penyiasat jenayah di talian 0167676287 atau bilik gerakan (DCC) IPD Batu Gajah di talian 05-3654322 atau 05-3629050,” katanya.

Sumber: Harian Metro (Muhammad Zulsyamini Sufian Suri), Twitter aponakdikato

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd