Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 2023 Kekal Mampan 3.1 Peratus

Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan Agihan Keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 yang mampan pada kadar 3.10 peratus setelah mengambil kira pelunasan zakat sebanyak 2.57 peratus hari ini.

Menurut satu kenyataan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Haji Mohd Na’im Mokhtar berkata, Agihan Keuntungan 2023 selesai diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan telah mengambil kira rosot nilai terutamanya pelaburan legasi pajakan hartanah di Arab Saudi dan pelaburan hartanah di United Kingdom.

Foto: Bebas News

“Agihan Keuntungan 2023 melibatkan jumlah agihan sebanyak RM2.72 bilion yang akan memberi manfaat kepada lebih 9.15 juta pendeposit TH, berbanding agihan sebanyak RM2.65 bilion kepada 8.8 juta pendeposit pada 2022, menjadikan jumlah terkumpul agihan keuntungan sejak penubuhan selama 60 tahun, sebanyak RM42.88 bilion sehingga kini.
“Agihan keuntungan bagi tahun 2023 juga adalah mematuhi Akta Tabung Haji 1995,” katanya.

Beliau juga turut mengumumkan pelunasan zakat sebanyak RM101 juta kepada semua Majlis Agama Islam negeri-negeri bagi pihak pendeposit untuk tahun 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“TH berharap pelunasan zakat ini secara langsung atau tidak langsung dapat membantu usaha Kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar di seluruh negara. Jumlah terkumpul zakat yang telah dilunaskan bagi pihak pendeposit adalah sebanyak RM1.37 bilion sehingga kini,” ujar beliau.

Foto: FB TH

Mohd Na’im berkata, jumlah zakat TH telah diselaraskan kepada Majlis Agama Islam negeri-negeri berdasarkan nisbah baki simpanan pendeposit mengikut negeri.

“TH menggunakan kadar 2.57 peratus dalam pengiraan zakat TH bagi mengambil kira perbezaan bilangan hari dalam setahun di antara kalendar Qamari dan kalendar Masihi, sebagaimana saranan oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah TH,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Tan Sri Abdul Rashid Hussain pula berkata, TH telah dapat mengekalkan kadar agihan yang sama seperti tiga tahun sebelum ini, walaupun terkesan dengan rosot nilai beberapa pelaburan legasi.

“Kadar pulangan yang telah diselesaikan tanggungjawab zakat ini adalah kadar yang baik.
Sebagai dana simpanan yang dijamin Kerajaan, TH berhati-hati dalam mengambil risiko pelaburan demi melindungi wang pendeposit,” ujarnya.

Foto: Malaysia Kini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga memberitahu Agihan Keuntungan 2023 adalah sejajar dengan Alokasi Aset Strategik (SAA) yang bersesuaian dengan tahap toleransi risiko TH dan selari dengan kadar pasaran semasa instrumen Kerajaan dan deposit simpanan 12 bulan perbankan Islam.

Untuk makluman, TH yang menjadi wakil kepada Majlis Agama Islam negeri-negeri telah menyantuni lebih 560,000 asnaf di seluruh negara pada tahun 2023 melalui Program Zakat Wakalah untuk mengedarkan sebahagian daripada dana zakat kepada asnaf. Secara keseluruhannya, lebih daripada 1.6 juta asnaf telah menerima manfaat dari Program Zakat Wakalah TH.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd