Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Sze Fei-Nur Izzuddin Kekal Cemerlang, Bakal Sertai RTG – Hannah

Beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mempamerkan kebangkitan luar biasa apabila muncul juara Terbuka Artik, semalam.

Memetik laporan Sinar Harian, Jawatankuasa Program Road to Gold (RTG) sedia mempertimbangkan keputusan menyenarai masuk beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani dalam program berkenaan pada mesyuarat akan datang.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, ia dibuat selepas beregu lelaki berkenaan berjaya menampilkan aksi cemerlang pada beberapa kejohanan sebelum ini, sekali gus menepati kriteria untuk disenaraikan dalam RTG iaitu berada di kelompok 10 terbaik dunia.

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Prestasi mereka (Sze Fei-Nur Izzuddin) memang semakin meningkat dan saya ucapkan tahniah kepada mereka. Saya berharap mereka dapat teruskan konsistensi ini.
“Sekarang ini untuk RTG memang kedudukan 10 terbaik dunia dalam bidang sukan masing-masing, kita akan bantu mereka ke Sukan Olimpik.
“Saya kira dengan prestasi Sze Fei-Nur Izzuddin ada harapan besar untuk kita masukkan dalam jawatankuasa RTG,” katanya.

Foto: Harian Metro

Hannah berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media Program Rakan Muda: Skills For Life Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) bidang perkhidmatan kedi di Kelab Golf dan Rekreasi Penjara Kajang, semalam.

Hannah ketika mengulas program yang dijalankan semalam berkata, ia adalah inisiatif bersama Bahagian Pembangunan Rakan Muda dan Jabatan Penjara.

Beliau berkata, ia bertujuan memberi latihan kemahiran dalam perkhidmatan kedi kepada prospek-prospek lelaki di Penjara Kajang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya percaya dengan bimbingan tenaga pengajar bertauliah AKBG, para peserta akan mendapat latihan berkualiti sejajar dengan pengalaman mereka.
“Dengan pendedahan sebegini, ia dapat membantu meningkatkan kompetensi individu serta membuka peluang kepada mereka menceburi bidang pekerjaan dalam industri golf tempatan,” ujarnya.

Foto: Facebook KBSMalaysia

Seramai 20 orang prospek lelaki mengikuti latihan kemahiran bidang perkhidmatan siri satu bermula hari ini (14 Oktober) sehingga Jumaat (18 Oktober).

Prospek yang mengikuti latihan berkenaan berpeluang menyambung pengajian dalam Program Kursus Perkhidmatan Kedi sepenuh masa selama enam bulan di AKBG.

Foto: Facebook KBSMalaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gelaran juara Terbuka Artik itu adalah yang ketiga buat Sze Fei-Izzuddin selepas menjuarai kejohanan berstatus Super 1000 di Terbuka China awal bulan lalu selain menjuarai Terbuka Jepun pada Ogos.

Ini adalah kemenangan kedua, Sze Fei-Izzudin ke atas Astrup-Rasmussen dari lapan pertemuan yang mana pertemuan terakhir mereka menyaksikan gandingan negara itu tewas 19-21, 17-21 di peringkat suku akhir di Malaysia Masters pada Mei lalu.

Foto: Remaja

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah kemenangan RM142,282.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian, Facebook KBSMalaysia

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd