Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kolumnis

Syukuri Nikmat Beragama Di Malaysia Yang Merdeka

Saban pagi, apabila kita bangun dari tidur yang nyaman, pasti akan kedengaran suara bilal mengumandangkan azan di masjid dan surau di serata tempat. Laungan azan itu bersahutan serentak, mengikut takwim waktu solat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama. Apabila kita ke masjid menunaikan solat berjemaah, pelaksanaan ibadah solat ditunaikan seragam menurut mazhab Syafi’i sehingga dengan itu tidak timbul perselisihan akibat persoalan furu’ dalam ibadah.

Syukuri nikmat beragama di Malaysia

Dan seawal permulaan hari kita bersarapan tanpa rasa was-was mengetahui bahawa ada jaminan halal yang dikeluarkan oleh kerajaan pada produk makanan. Jika tiba bulan Ramadan pula, kita akan berpuasa secara bersama dan serentak seperti yang diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Bahkan untuk menunaikan zakat, telah ditetapkan kadar yang tertentu dan ada pihak berautoriti yang kita percayai akan memanfaatkan kutipan zakat tersebut.

Kadang kala di waktu cuti, apabila kita membuka televisyen, dihidangkan kuliah dan ceramah agama dari penceramah bertauliah. Siaran program ini pula dianjurkan khusus oleh pihak berkuasa yang berperanan menjalankan dakwah dan menyebarkan kefahaman Islam menurut perspektif Ahli Sunnah wal Jamaah. Kadang kala juga kita mendengar dalam berita atau di surat khabar berkenaan penahanan ahli kumpulan ajaran tertentu yang didakwa terseleweng dari Ahli Sunnah wal Jamaah. Dari berita itu kita mengetahui bahawa adanya penguatkuasaan undang-undang yang diperuntukkan untuk menjamin ajaran Islam yang sebenar. Sebahagian kita juga telah berkahwin, dan untuk menjalankan urusan pernikahan kita perlu melalui pelbagai prosedur rumit dari menghadiri kursus perkahwinan sehingga mengisi pelbagai borang. Walau rumit, kita mengetahui ia penting bagi bukti perekodan dan penentuan nasab anak sehingga dengan itu masyarakat hidup secara teratur dan harmoni.

Begitu juga di akhir setiap tahun, kita akan mendengar ucapan belanjawan oleh Menteri Kewangan yang antaranya memberi peruntukan yang besar untuk membangun dan memajukan hal ehwal Islam. Peruntukan ini bukan diambil dari wang zakat tetapi dari kantung wang negara. Di Parlimen, kita mungkin pernah mendengar ahli parlimen berbahas. Sebahagiannya berkenaan agama Islam termasuklah seperti pemerkasaan akta Mahkamah Syariah. Berdasarkan perkara 159 dan 161E kita mengetahui bahawa perlembagaan boleh dipinda termasuklah dalam urusan memperkasa undang-undang Islam. Ketika mahu menyimpan atau melabur wang, kita boleh memilih institusi kewangan yang patuh syariah dan telah melepasi segala syarat ketat yang telah ditetapkan. Bagi yang menyimpan di KSWP, skim simpanan patuh syariah disediakan bagi memastikan wang kita tidak digunakan bagi tujuan riba (faedah), maysir (perjudian) dan gharar (ketidakpastian di dalam kontrak).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Syukuri nikmat beragama di Malaysia

Dari beberapa contoh di atas, kita boleh rumuskan bahawa pentadbiran hal ehwal Islam sebenarnya telah berintegrasi sepenuhnya dalam kehidupan setiap individu Muslim di Malaysia. Walaupun mungkin masih wujud kelompangan dan masalah di beberapa tempat pada aspek pelaksanaannya namun kita seharusnya bersyukur bahawa urusan hal ehwal Islam ini dapat diurus secara teratur sehingga kita sendiri tanpa sedar tidak menyedari tentang nikmat beragama di tanah air. Di samping itu, persoalan implementasi Islam itu pula tidak semestinya perlu diberi nama atau label Islam. Apa yang utama ialah objektif, nilai, penerapan dan tatacaranya menepati syariat. Itulah yang telah berjalan sejak sekian lama dan beransur-ansur sejak negara memperolehi kemerdekaan pada tahun 1957.

Malaysia merupakan sebahagian kecil negara yang mempunyai agama rasmi. Islam diletakkan sebagai agama Persekutuan oleh Perkara 3 Perlembagaan Negara. Dalam masa yang sama, Perkara 3 juga membenarkan agama-agama lain diamalkan secara aman dan damai. Ini merupakan hal beragama yang unik kerana di Perkara 11 Persekutuan, hak kebebasan beragama diberikan kepada rakyat bukan Islam. Sewaktu negara mencapai kemerdekaan, bidang agama dipersetujui untuk diletakkan di bawah perkara negeri-negeri. Oleh itu, di negeri yang beraja, Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu ialah Raja-Raja manakala di negeri tiada beraja ia diketuai oleh Yang Dipertuan Agong selaku Kepala Utama Negara.

Namun tidakkah ia akan menyebabkan situasi yang berkecamuk? Hal ini tidak berlaku kerana keputusan berkaitan agama diseragamkan oleh Majlis Raja-Raja. Contoh mudah seperti di atas iaitu penentuan permulaan berpuasa serta tarikh melihat anak bulan Syawal dan Ramadhan. Bagaimana pula dengan persoalan hukum syarak? Majlis Hal Ehwal Agama Islam ditubuhkan pada 1968 bagi membolehkan penyeragaman mengenai undang-undang keluarga Islam dan hal lain yang berkaitan.

Di peringkat pusat diwujudkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk pentabiran Islam di peringkat kebangsaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bagi kerja pendakwahan dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bagi memberi kefahaman Islam kepada khalayak umum termasuk kepada bukan Islam. Oleh kerana Islam merupakan agama Persekutuan maka kerajaan Pusat dan Negeri dibenarkan untuk menggunakan perbendaharaan negara bagi membangunkan hal ehwal Islam seperti pembangunan institusi agama, pembinaan masjid dan surau dan sebagainya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Di peringkat negeri diwujudkan Majlis Agama Negeri bagi memberi nasihat kepada Raja-Raja Melayu. Bagi urusan rutin pentadbiran Islam ditubuhkan Jabatan Agama Islam Negeri yang dikawal selia oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negeri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam. Pentadbiran sepenuh masa diketuai oleh Pengarah yang di bawahnya terdapat pelbagai unit yang bertanggungjawab dari negeri, daerah, mukim sehinggalah kampung. Di setiap daerah contohnya terdapat jabatan agama daerah bagi menguruskan soal nikah-cerai, pelantikan imam dan bilal serta urusan masjid.

Artikel lain: Miss Universe Malaysia 2024 Tidak Buka Penyertaan Buat Peserta Beragama Islam

Di setiap negeri juga ditubuhkan lembaga zakat yang berperanan mengutip wang zakat. Hasil zakat disalurkan kepada asnaf menerusi pelbagai program yang bersesuaian.  Kerajaan juga menubuhkan Mahkamah Syariah bagi membicarakan kes berkaitan hukum syarak. Bidang kuasanya ditentukan oleh Akta Mahkamah-Mahkamah Syariah 1965. Semakan demi semakan terus dibuat bagi memastikan bidang kuasanya kekal relevan dan memenuhi keperluan semasa.

Oleh itu, nikmat kemerdekaan yang dinikmati oleh kita kini adalah hasil usaha generasi terdahulu sama ada pemimpin mahupun rakyat biasa. Perubahan ini tidak berlaku drastik tetapi secara harmoni, umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung juga tidak berselerak. Ketika Tunku Abdul Rahman membacakan 10 perenggan Pemahsyuran Kemerdekaan, beliau mulakan “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani.” Pemasyhuran ini ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi sebagai menandakan eratnya hubungan Islam dan Melayu sebagai identiti negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Maka, hargailah nikmat merdeka dalam beragama ini dengan rasa syukur, berhenti mempertikai atau meremehkan kerja orang lain dan bersama kita di setiap peringkat berusaha menjadikan Malaysia sebagai negara yang baik lagi makmur (baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur).

Avatar

Penulis merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, dan boleh dihubungi di [email protected]  

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh selar kenyataan Ahli Parlimen (MP) Seputeh, Teresa Kok yang mempersoalkan cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang...

Sosial

Tular video di media sosial memaparkan kali terakhir seorang gadis, Nia Kurnia Sari dilihat warga kampung sebelum dilaporkan hilang dan mayatnya ditemui beberapa hari...

Sosial

YouTuber mukbang, Nikocado Avocado beri kejutan kepada para penontonnya selepas memuat naik video terbaharu menerusi saluran miliknya yang memaparkan dia kini yang sudah kurus....

Lokal

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi membantu golongan yang terbeban dengan hutang....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd