Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Syed Saddiq Wakil Rakyat Pertama Di Malaysia Dikenakan Hukuman Sebat

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin mengesahkan bahawa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman adalah wakil rakyat pertama di negara ini yang dikenakan hukuman sebatan.

Memetik laporan dari Kosmo! hukuman tersebut dijatuhkan ke atas beliau selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Hukuman terpakai buat pesalah berumur 50 tahun ke bawah

Wan Shaharuddin yang mengetuai  pendakwaan bagi kes Syed Saddiq memaklumkan yang hukuman tersebut terpakai bagi pesalah berumur 50 tahun dan ke bawah.

“Berdasarkan Seksyen 289 (c) Kanun Prosedur Jenayah 2007, pesalah perempuan, lelaki yang dijatuhkan hukuman mati dan lelaki yang berumur lebih dari 50 tahun, tidak boleh dikenakan sebatan,” katanya.

Syed Saddiq dijatuhkan hukuman 7 tahun, denda RM10 juta & 2 sebatan

Terdahulu Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta ke atas MP Muar selepas beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan iaitu pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan bagi kesalahan bersubahat melakukan pecah amanah, dua tahun penjara dan satu sebatan bagi pertuduhan salah guna harta manakala bagi dua kesalahan pengubahan wang haram masing-masing dipenjara dua tahun dan denda RM5 juta.

Jika gagal membayar denda, beliau boleh dipenjara empat tahun.

Syed Saddiq akan fail rayuan ke mahkamah rayuan secepat mungkin

Ketika ditemui selepas mendengar keputusan, Bekas Menteri Belia dan Sukan ketika pemerintahan Pakatan Harapan dulu mengatakan yang beliau menghormati keputusan mahkamah dan akan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan secepat mungkin.

“Institusi kehakiman itu lazimnya merupakan benteng terakhir bagi rakyat Malaysia dan tidak ada beza saya dan rakyat lain. Kalau orang lain perlu menghormati keputusan mahkamah, saya juga perlu menghormati keputusan mahkamah,” 
“Ini supaya institusi kehakiman dan mahkamah yang akan dijadikan penentu terakhir atas nasib saya dan juga medan terbaik untuk membersihkan nama saya. Dalam bab ini saya berpegang pada kata-kata berani kerana benar ‘Qulil haq walau kana murran’ berkatalah benar walaupun pahit,” katanya.

“Sata tak menyesal, saya tak takut”

Dalam pada itu, beliau juga menyatakan bahawa dirinya tidak menyesal dan tidak takut dengan apa yang terjadi disamping akan terus bersuara perkara yang benar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! (Nuzulsham Shamsuddin), X Syed Saddiq

+ posts

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang guru agama dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di...

Lokal

Ratu cantik Malaysia berjaya menawan Puncak Mera di tengah-tengah Banjaran Himalaya, Nepal sehingga kehilangan jari akibat luka beku. Memetik laporan Bernama, Datin Harveen Kaur...

Dunia

Gergasi farmaseutikal, AstraZeneca mengakui bahawa vaksin Covid-19 yang dibangunkan bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kesan sampingan selepas didakwa menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam...

Lokal

Syarikat pengeluaran kereta, Chery Auto Malaysia mencadangkan temu janji untuk menjalankan pemeriksaan rapi kepada pelanggan khuatir rentetan gandar belakang kereta yang patah baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd