Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Syed Saddiq Bersalah! Bersubahat Pecah Amanah, Salah Guna Harta & Pengubahan Wang Haram

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman bersalah atas empat pertuduhan, lapor Malaysiakini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Muar didapat bersalah atas pertuduhan melakukan pecah amanah, salah guna harta dan penggubahan wang haram membabitkan dana Armada melebihi RM1 juta.

Hakim Azhar Abdul Hamid berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap presiden Muda dan Ahli Parlimen Muar itu melampaui keraguan munasabah.

Azhar akan mendengar rayuan Syed Saddiq dan hujahan kedua-dua pihak sebelum menjatuhkan hukuman.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Syed Saddiq didapati bersalah bersubahat dengan Rafiq Hakim, yang diamanahkan dengan dana Armada berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakannya,”petik laporan.

Syed Saddiq

Beliau juga didapati bersalah menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut.

Malah, Syed Saddiq juga didapati bersalah melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya di sebuah bank di Taman Perling, Johor Bahru pada 16 hingga 19 Jun 2018.

Artikel lain: Bebas Atau Salah? Nasib Syed Saddiq Diketahui Esok

Pada 27 September tahun lalu, perbicaraan kes itu ditutup selepas pendakwa memanggil 30 saksi untuk memberikan keterangan. Perbicaraan kes itu bermula pada 21 Jun manakala pendakwaan serta pembelaan selesai berhujan pada 6 Oktober.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara saksi perbicaraan tersebut ialah ibu bapa Syed Saddiq iaitu Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff dan Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz serta bekas penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali.

Kes tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Mohd ‘Afif Ali manakala peguam mewakili Syed Saddiq ialah Gobind Singh Deo dan Haijan Omar.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Bekas tunang selebriti Indonesia, Lucinta Luna kembali menjadi bualan hangat ramai apabila dia dikatakan bertukar karier baharu sebagai bintang porno selain menawarkan perkhidmatan seks....

Spotlight

Selebriti terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) yang bakal melangsungkan perkahwinan di Bali bersama jejaka pilihan hatinya, Tiko Aryawardhana dikhabarkan mendapat restu sepenuhnya daripada...

Politik

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dinobatkan sebagai ‘Bapa Malaysia’ atas sumbangan beliau dalam isu berkait Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Memetik laporan Harian...

Sukan

Ratu skuasy negara S. Sivasangari melakar kejayaan membanggakan selepas dinobatkan sebagai juara Kejohanan Skuasy Terbuka Kelab Bola Sepak Hong Kong, kelmarin. Sivasangari, pemain ranking...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM.