Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Bukan Sebab SST, Tapi Kos Operasi..” – Syarikat Pengeluar Ais Tangguh Naikkan Harga Ais

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meminta dua syarikat pengeluar ais dan pembekal makanan sejuk beku untuk menangguhkan kenaikan harga produk masing-masing.

Menurut laporan Harian Metro, Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali memberitahu pihaknya sudah bertemu dengan dua syarikat tersebut untuk diberikan nasihat sewajarnya.

Syarikat pengeluar ais

Syarikat pengeluar ais

Foto: Daily Express

Katanya, dua syarikat berkenaan menaikkan harga sebongkah ais daripada RM3.70 kepada RM6 bukan disebabkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), sebaliknya berpunca daripada kos operasi.

“Jadi, setakat ini, mereka menangguhkan cadangan awal untuk menaikkan bermula bulan Julai ini ke suatu tarikh yang akan mereka umumkan untuk mereka melihat secara keseluruhan.
“Tetapi menerusi perjumpaan 1 Julai lalu, kedua-dua pihak tidak menyebut SST sebagai alasan kepada kenaikan terbabit dan mereka menyebut faktor antaranya adalah disebabkan kos operasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Apresiasi Rakan Strategik Penguatkuasaan Sempena Sambutan Hari Penguat Kuasa KPDN Ke-53, di sini, hari ini.

Armizan menjelaskan, sekiranya ada syarikat yang berhasrat menaikkan harga produk masing-masing, mereka perlu mengemukakan maklumat tertentu seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan (AKHAP) 2011.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Terengganu Catat Peningkatan 3.8% Kes Jenayah Seksual

Salurkan aduan kepada pihak berkuasa

Foto: The Malaysian Reserve

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya terus menyalurkan aduan kepada pihak berkuasa jika terdapat premis yang menaikkan harga barangan secara sengaja.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan bahawa sebuah syarikat pengeluar ais akan menaikkan harga sebongkah ais daripada RM3.70 kepada RM6.

Sementara itu, sebuah syarikat makanan sejuk beku pula dikatakan akan menaikkan harga produk mereka sebanyak 10 peratus bermula bulan ini.

Sumber: Harian Metro (Mohd Iskandar Ibrahim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd