Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Syarikat Insurans, Pengendali Takaful Setuju Teliti Semula Isu Insurans Perubatan Naik 70 Peratus

Syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) bersetuju untuk mengambil langkah wajar termasuk meneliti semula cadangan menaikkan harga premium insurans perubatan yang dijangka naik sehingga 70 peratus tahun depan.

Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata antara komitmen yang telah dipersetujui ITO adalah melaksanakan pelarasan semula harga premium insurans perubatan secara berperingkat.

ITO setuju teliti semula isu insurans perubatan naik 70 peratus

Insurans Perubatan Naik 70 Peratus

Foto: Berita Harian

Katanya lagi, ITO akan memastikan ada talian hotline khusus bagi setiap syarikat untuk menawarkan caruman fleksibel, memberikan pilihan untuk pelan perkhidmatan berbeza dan menyediakan mekanisme penyelesaian yang lebih berkesan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kerajaan peka mengenai kebimbangan penentuan semula harga insurans dan takaful perubatan serta kesihatan oleh penanggung insurans. Ia memberikan impak kepada pemegang polisi atau peserta takaful.
“Antaranya, ITO dikehendaki menyediakan pilihan penyelesaian bersesuaian untuk pemegang polisi yang sangat terkesan disebabkan peningkatan premium supaya mereka terus ada perlindungan (sama ada takaful atau insurans). Butiran lanjut mengenainya akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang ingin tahu apakah langkah semasa diambil kerajaan bagi mengatasi isu inflasi kos perubatan sehingga ITO bertindak menaikkan kadar premium secara drastik.

Insurans Perubatan Naik 70 Peratus

Foto hiasan

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan Bank Negara juga komited dalam memastikan orang ramai mempunyai akses berterusan terhadap produk insurans takaful yang bersesuaian.

Khamis lalu, Bank Negara dalam satu kenyataan memaklumkan ITO diminta menyemak strategi penetuan semula harga insurans perubatan serta kesihatan (MHIT) untuk memastikan ia lebih wajar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini termasuk menguruskan kenaikan premium atau sumbangan dengan mengambil kira impak terhadap pemegang polisi takaful.

Artikel lain: Tiada Rancangan Untuk Perkenal Cukai Baharu Dalam Tempoh Terdekat – MOF

Terdahulu, Hui Ying menjawab soalan asal Datuk Mumtaz Md Nawi (PN – Tumpat) yang ingin tahu kesediaan kerajaan melihat keperluan supaya pengguna kad perubatan dan perlindungan Takaful boleh menukar operator Takaful mereka tanpa perlu kiraan semula tempoh menunggu.

Ini sebagaimana proses Mobile Number Portability (MNP) di mana pengguna telefon bimbit boleh mengekalkan nombor mereka apabila bertukar penyedia perkhidmatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Insurans Perubatan Naik 70 Peratus

Foto: Berita Harian

Beliau berkata, kerajaan terbuka dengan cadangan itu namun terdapat beberapa kekangan dengan mengambil kira kedua-dua perkhidmatan itu adalah berbeza.

“Produk insurans dan takaful perubatan berbeza berbanding nombor telefon bimbit, di mana ia membabitkan pengumpulan risiko jangka panjang dan keperluan tingkah laku pengguna yang ketat.
“Tempoh menunggu bertujuan untuk mencegah penipuan atau penyalahgunaan, iaitu mengelak pemegang polisi yang baru di kenal pasti dengan keadaan perubatan mengambil kesempatan terhadap perlindungan insurans tanpa menyumbang kepada kumpulan risiko terlebih dahulu.
“Ini akan memudaratkan kos tuntutan dan premium sumbangan, seterusnya menjejaskan tahap mampu milik bagi pemegang polisi yang lain selain kesinambungan produk,” katanya.

Sumber: Berita Harian (Latifah Arifin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah tragedi membabitkan kematian kanak-kanak berusia empat tahun berlaku apabila ibu bapanya, Aidil Zacky Rahman (AZR) dan Sinta Dewi (SD) bunuh anak sendiri selepas...

Lokal

Polis telah mengesahkan kesahihan sijil perkahwinan anak seorang menteri Kabinet yang berkahwin di negara jiran pada September tahun lalu. Foto: Sinar Harian Menurut laporan...

Bisnes

Gergasi media sosial, Meta rancang untuk buang dan ganti kira-kira lima peratus pekerja yang mencatatkan prestasi buruk pada tahun ini dan berita ini telah...

Lokal

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Datuk Nurul Hidayah didakwa dilantik sebagai lembaga pengarah di Universiti Putra Malaysia (UPM)....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd