Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Syahrini Selamat Bersalin Anak Pertama, Tepat Di Hari Lahir Ke-44

Penyanyi popular Indonesia, Syahrini selamat melahirkan cahaya yang bertepatan dengan ulang tahun kelahirannya pada 1 Ogos.

Menerusi satu perkongsian di akaun Instragramnya, pemilik nama Rini Fatimah Zaelani itu meluahkan rasa syukur dan bahagia selepas selamat bersalin anak pertama pada usia 44 tahun.

Foto: IG Syahrini

“Terima kasih Ya Rabb. Bertambahnya usia tahun ini, dan hari ini (semalam) bertepatan dengan kelahiran buah hati kami.
“Penantian panjang yang berujung indah, pencapaian dari kesabaran dan bakal (memikul) tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu semata-mata atas reda dan izinmu,” tulisnya.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada suaminya, Reino Barack yang telah menjadi seorang bapa selain berterima kasih kerana sentiasa menjaga dan mendampinginya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: IG Syahrini

“Welcome To Fatherhood, Imam Terbaik @reinobarack,” ujarnya.

Walaupun belum berkongsikan gambar bayinya, namun berdasarkan perkongsian gambar sebelum ini yang dihias dengan dekorasi berwarna ‘pink’ dan berlatarbelakangkan ‘Princess R’ menandakan bahawa dia melahirkan anak perempuan.

Sementara itu, ramai rakan-rakan artis termasuk dari Malaysia serta Singapura yang turut mengucapkan tahniah selan mendoakan kesihatan Syahrini bersama bayinya tersebut.

Gembira sangat…

Alhamdulillah, tahniah!

Selalu dalam lindungan Allah SWT

Untuk rekod, Syahrini yang popular dengan lagu Kau Yang Memilih Aku mendirikan rumah tangga dengan suaminya pada 27 Februari 2019.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd