Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Syahredzan Johan Selar Kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Pertahan Buka Kantin Sekolah

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan, dalam kenyataan balas berkata sikap yang ditunjukkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam isu pembukaan kantin sekolah semasa Ramadan menunjukkan parti itu bukanlah jawapan yang betul untuk landasan politik di negara ini.

Menurut laporan Malaysiakini, Syahredzan berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya dijadikan perbahasan politik memandangkan ia adalah usul dibuat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Foto: Free Malaysia Today

“Isu tersebut sepatutnya tidak dijadikan polemik politik pun kerana ianya dibuat oleh KPM dengan berpaksikan nilai kemanusiaan,” katanya hari ini.

Syahredzan menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak PAS sangat mendukacitakan dan mencerminkan pendirian politik PAS dan Pakatan Nasional (PN)  tidak serasi dengan negara pelbagai kaum dan agama seperti Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jelaslah bahawa mereka lebih cenderung untuk mengeluarkan kenyataan yang hanya memecah-belahkan masyarakat, dan bukannya memupuk perpaduan,” jelasnya dengan lebih lanjut.

Foto: Free Malaysia Today

Sebelum ini, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ahmad Yahaya berkata berkata usul kantin sekolah mesti beroperasi seperti biasa sepanjang bulan Ramadan sebagai keterlaluan dan seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadan dan sengaja mencetuskan perdebatan.

Tambahnya, arahan mengenai pembukaan kantin sekolah sewaktu bulan Ramdan boleh dianggap sebagai tidak menghormati bulan yang mulia dan pelajar Muslim yang sedang berpuasa.

Ahmad menjelaskan, bagi pelajar bukan Islam mereka sepatutnya boleh makan bekal yang dibawa ke sekolah di ruangan khas yang disediakan dan tindakan ini tidak memerlukan kantin untuk dibuka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysiakini

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd