Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Syafiq Yusof Taruhkan ‘Sheriff’, Papar Realiti Korupsi Dalam Unit Beruniform?

Pengarah terkenal, Syafiq Yusof kembali dengan karya terbaru, ‘Sheriff: Narko Integriti’ setelah sekian lama meninggalkan peminat dengan hasil filemnya pada tahun 2021, melalui Penunggang Agama.

Sheriff menjadi filem kepolisan kedua arahan Syafiq Yusof selepas KL Special Force (2018) dan menandakan kolaborasi ketiga antara Syafiq dan Zul Ariffin selepas Misteri Dilaila pada tahun 2019.

View this post on Instagram

A post shared by Syafiq Yusof (@fiq000s)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi laporan New Straits Times, Syafiq berkata filem ini merupakan drama aksi kepolisian yang bagus, bahkan berkisarkan realiti sebenar polis di Barat serta Hong Kong yang kembali ke tanah air.

“Bapa saya (Yusof Haslam), merupakan penerbit eksekutif bersama, memberi saya idea ini, kerana dia sudah lama mahu saya membuat filem sebegitu.
“Saya membesar dengan menonton drama dan filem polis, bukan sahaja Gerak Khas malah filem Hollywood seperti Lethal Weapon dan Die Hard, mungkin kerana itu saya terinspirasi untuk mengarah dan menerbitkan filem sedemikian,” kata Syafiq menerusi temubual.

Pengarah muda itu mengakui bapanya amat menyukai filem arahannya, namun tidak berpeluang untuk mempertontonkan filem ini kepada abangnya, Syamsul Yusof.

Syafiq turut mendedahkan penggambaran dijalankan selama lebih 90 hari di Lembah Klang dan Kuala Lumpur, termasuk Bandar Malaysia dan Sungai Besi, dari Februari sehingga Mei 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Filem ini mengentengahkan topik taboo sehingga Lembaga Penapis Filem (LPF) pada mulanya diklasifikasi 13, namun diberi klasifikasi 16 setelah melihatkan dialog, serta tema yang diangkat.

“Filem Sheriff tidak ada unsur ganas tapi mungkin kerana konsepnya membabitkan isu mengenai rasuah menyebabkan LPF meletakkan klasifikasi 16 itu,” jelasnya.

Sheriff: Narko Integriti ialah sebuah filem misteri ngeri jenayah aksi Malaysia 2024 akan datang, arahan Syafiq Yusof dengan skrip dan cerita oleh Syafiq, Nazifdin Nasrudin dan Yusof Haslam, terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw.

Sinopsis menceritakan mengenai Sheriff, seorang anggota polis dari Jabatan Integriti yang ditugaskan menyelesaikan kes ‘Meth Killer bersama Nazri, seorang anggota polis muda dari Jabatan Narkotik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Misi mereka adalah untuk menumpaskan sindiket dadah yang diketuai oleh Tony Ifrit memandangkan sindiket terbabit sering terlepas daripada cengkaman undang-undang, setiap kali menerusi proses penghakiman.

Diterajui oleh Zul Ariffin sebagai watak utama, filem ini dijadualkan akan ditayangkan pada 18 April 2024 nanti, selepas umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Barisan pelakon lain yang terlibat ialah Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, Aaron Aziz, Shaharuddin Thamby, Kodi Rasheed, Esma Daniel, Hazama Azmi dan Azri Iskandar.

Sumber: New Straits Times, YouTube Astro Shaw, Instagram @fiq000s

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Sosial

Imam 3 Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Muhammad Adhan Adnan meletakkan jawatan susulan penularan video menunjukkan setiausaha masjid menonton kandungan lucah di pejabat masjid. Imam...

Lokal

Kes pembunuhan melibatkan pasangan suami isteri yang ditemui maut di sebuah rumah di Sri Aman pada 14 Januari lalu disahkan telah selesai, dengan kemurungan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd