Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Suspek Kes Nur Farah Kartini Direman Hari Ini, Jenazah Dijangka Dibawa Pulang Ke Miri

Jenazah Nur Farah Kartini Abdullah difahamkan akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Lereng Bukit, Miri Sarawak bagi proses pengebumian pada hari ini.

Memetik laporan Buletin TV3, keputusan akhir pengurusan jenazah itu bagaimanapun belum diputuskan ahli keluarga mangsa memandangkan mereka masih menunggu keputusan ibu Allahyarham.

Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dibawa pulang ke Miri hari ini

Menerusi laporan, keluarga mangsa sedang dalam proses mendapatkan tiket penerbangan ibu Allahyarham ke Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam pada itu, salah seorang keluarga mangsa yang berada di Aman Puri, Kepong, Nor Amidah Mohd Ali berkata kali terakhir dia menghubungi Nur Farah Kartini pada 5 Jun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ketika itu dia memaklumkan kepada saya dia tercicir dompetnya, saya tanya hilang kat mana tapi tiada jawapan daripadanya,” katanya.

Menurutnya, hubungan dia dan Nur Farah Kartini sangat baik memandangkan mangsa adalah satu-satunya anak perempuan bongsu daripada 7 beradik.

Nor Amidah yang juga terkejut dengan penemuan mayat mangsa turut menyatakan Nur Farah Kartini merupakan seorang yang sangat bertanggungjawab.

“Selepas tamat pengajian tahun lalu, di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),  dia nekad bekerja sambilan di Semenanjung untuk membantu ibu dan neneknya di kampung,” ujarnya.

Sementara itu, suspek kes ini yang merupakan seorang penjawat awam berusia 26 tahun akan direman pada pagi hari ini di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berakta proses bedah siasat telah dijalankan di Hospital Sungai Buloh pada malam Isnin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, media melaporkan mayat Nur Farah Kartini telah ditemui di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada 6 petang Isnin dan dipercayai mangsa mati dibunuh.

Foto: Astro Awani

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pemeriksaan awal mengesahkan mayat berkenaan adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait laporan di Tanjung Malim.

Suspek ditahan selepas mayat mangsa ditemui bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan dan kali terakhir dilihat menaiki sebuah kereta berwarna merah.

Sumber: Buletin TV3 (Aslina Abu Bakar), Berita Harian (Amirul Aiman Hamsuddin)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tindakan pantas dan berani seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun berjaya menyelamatkan rakannya yang hampir lemas dalam kejadian di Pantai Pasir Hitam, Sabtu lalu....

Lokal

Seorang wanita warga Malaysia yang terkandas di Lombok, Indonesia sejak 18 tahun lalu akhirnya selamat dibawa pulang ke tanah air pada Sabtu, selepas sekian...

Bisnes

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia...

Sosial

Pempengaruh dan penulis bidang analisis geopolitik, Ahmad Faezal muncul calon pertama yang dipilih untuk menyertai pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 bersama misi Sumud...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd