Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Suspek ‘Insiden Siam Paragon’ Kongsi Video Berlatih Guna Senjata Di Group WhatsApp

Polis Thailand memaklumkan yang suspek ‘insiden Siam Paragon’ yang berusia 14 tahun semalam pernah berkongsi gambar peluru dan video dirinya berlatih mengendalikan senjata api dalam kumpulan sembang WhatsApp.

Suspek insiden Siam Paragon suka main games

Memetik laporan dari Sinar Harian merujuk kepada akhbar tempatan, remaja tersebut didapati gemar bermain permainan video berunsurkan keganasan senjata api.

Pemeriksaan dibuat sejurus selepas suspek ditahan dan pihak berkuasa membuat pemeriksaan ke atas telefon bimbitnya.

Tiga maut, empat cedera

Difahamkan, serangan di pusat beli belah di Bangkok itu berlaku kira-kira jam 4.50 petang waktu tempatan itu telah mengorbankan kira-kira tiga orang mangsa termasuklah seorang warganegara China dan empat lagi alami cedera.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sewaktu ditahan, pihak polis menemukan sepucuk pistol Glock 19 berisi peluru 9 milimeter (mm) pada tubuh suspek yang disyaki digunakan dalam tembakan rambang di lokasi tersebut.

Artikel lain: Budak 14 Tahun Ditahan, Tembak Sehingga Ragut 3 Nyawa Di Siam Paragon

Suspek juga tidak melawan ketika ditahan tetapi berulang kali menyatakan bahawa ‘penyerang sebenar’ masih bebas dan berada dalam keadaan keliru sebelum ditenangkan oleh pihak polis.

Setakat ini, suspek sedang disiasat oleh Unit Jenayah Kanak-Kanak Polis Thailand dan motif serangan masih samar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Biro Siasatan Khas Thailand yang segera ke lokasi kejadian telah berjaya menahan suspek di sekitar Siam Kempinski Hotel kira-kira 5.10 petang.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) suspek menyerah diri dengan meletakkan senjata di atas lantai.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih pada Ahad dipercayai tersasar daripada laluan asal ketika turun...

Lokal

Lingkaran Cekap Sdn Bhd (LCSB), pengendali sah rangkaian jalan raya Genting Highlands, akan melaksanakan caj jalan raya secara berfasa bermula 28 Mei dan 28...

Lokal

Seorang banduan yang dijangka dibebaskan bulan depan terpaksa menyambung hukuman penjara selepas dijatuhi hukuman tambahan oleh Mahkamah Sesyen di Parit Raja, hari ini, kerana...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd