Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Tak Boleh Bawa Kayu…”- Suria KLCC Perjelas Tindakan Halang Aktivis, Tegaskan Tiada Motif Politik

Suria KLCC Perjelas Tindakan Halang Aktivis

Suria KLCC hari ini mengeluarkan penjelasan rasmi berhubung sebuah video tular yang memaparkan interaksi antara anggota keselamatan mereka dengan seorang pengunjung di salah sebuah pintu masuk.

Menurut pihak pengurusan, insiden berlaku apabila seorang pengunjung diminta untuk tidak membawa masuk sebatang kayu panjang ke dalam pusat beli-belah.

“Tindakan ini adalah selaras dengan prosedur keselamatan kami yang melarang barangan yang berpotensi mendatangkan risiko keselamatan atau mengganggu keselesaan para pengunjung,” jelas kenyataan rasmi itu.

Suria KLCC Perjelas Tindakan Halang Aktivis

Tegas pihak pengurusan Suria KLCC,  langkah keselamatan ini adalah piawai dan dikenakan kepada semua pengunjung, tanpa sebarang pendirian politik.

Keselamatan dan kesejahteraan komuniti sentiasa menjadi keutamaan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Raja Salman Dilapor Taja 1,000 Rakyat Palestin Tunai Haji

Dalam kenyataan yang sama, pengurusan menyatakan pihaknya menghargai kerjasama serta pemahaman orang ramai dalam mengekalkan persekitaran yang selamat dan teratur pengunjung.

Walaupun insiden ini tular di media sosial, pihak pengurusan menekankan bahawa tindakan itu tidak ada kaitan dengan isu luar negara termasuk situasi di Gaza atau Palestin, sebaliknya semata-mata berfokus kepada keselamatan pengunjung.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan aktivis kemanusiaan dan bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua bersama beberapa aktivis yang membawa bendera Palestin diarahkan keluar oleh pihak pengurusan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi perkongsian di Instagram, kumpulan terbabit dipercayai baru selesai menyertai perhimpunan aman solidariti Palestin di sekitar ibu kota sebelum singgah di Suria KLCC.

Mereka turut dilihat melaungkan slogan Free Palestin sambil membawa bendera sebelum dihampiri pengawal keselamatan.

Sumber: FB Suria KLCC

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Sukan

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah menyifatkan Muhammad Hakim Danish Ramli sebagai antara prospek terbaik sukan permotoran negara ketika ini kerana memiliki kemampuan untuk bersaing...

Nasional

Warganegara Malaysia bakal menikmati pasport dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun pada kadar bayaran RM350 yang dijangka dilaksanakan tahun ini. Ketua Pengarah Imigresen,...

Dunia

Pemerintah Brunei mengumumkan rombakan Kabinet secara besar-besaran dengan mewujudkan portfolio utama baharu serta melantik dua puteranya sebagai menteri, lapor portal berita Al-Monitor. Rombakan tersebut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd