Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Suri Rumah Tanpa SPM Nekad Jadi Peguam, Berjaya Bebaskan Anak Dari Penjara!

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah kepada peguam.

Menurut laporan Harian Metro, Azlina Abdul Aziz, 52, berkata peristiwa yang berlaku pada 2016 itu membuka lembaran baharu dalam kehidupannya, walaupun sebelum ini dia tidak pernah membayangkan akan menceburi bidang undang-undang.

Foto: Web AmerBON

Dia yang membesar dalam keluarga susah di tanah rancangan Felda berkata, kesempitan hidup menyebabkan dia tidak sempat menamatkan persekolahan hingga ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Saya berhenti sekolah awal sebab hidup susah dan keadaan keluarga. Cabaran hidup sejak kecil turut dipengaruhi keadaan bapa yang menghidap masalah mental,” katanya kepada portal berita itu, baru-baru ini.

Kisah Azlina mendapat perhatian warganet di akaun media sosial Makcikmanis, selepas berkongsi perjalanan hidupnya daripada seorang suri rumah menjadi peguam, lebih-lebih lagi kerana dia tidak memiliki kelayakan SPM.

Menurutnya, dia berkahwin pada usia muda dengan harapan perkahwinan dapat mengubah kehidupan, namun perkahwinan pertama itu berakhir dengan perceraian dan dia terpaksa membesarkan anak sebagai ibu tunggal selama beberapa tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya ingat kahwin boleh selesaikan masalah, tapi rupanya ujian lain pula. Saya menjadi ibu tunggal selama beberapa tahun sebelum bertemu jodoh dengan suami warga Australia.
“Kami menetap di Australia bermula 2003 sebelum kembali ke Malaysia pada 2010,” ujarnya.

Foto: IG Makcikmanis

Azlina berkata, dia menjalani kehidupan sebagai suri rumah sepenuh masa sehingga anak lelakinya ditahan polis pada 2016.

Katanya, pada awalnya dia menyangka anaknya ditahan berkaitan kes dadah, namun terkejut apabila dimaklumkan bahawa ia membabitkan dakwaan kes bunuh bersama individu lain.

“Mula-mula saya ingat kes dadah, tapi bila polis cakap kes bunuh, memang terkejut sangat. Anak saya nampak macam biasa, tapi sebenarnya dia seorang yang lembam,” kongsinya.

Sepanjang tempoh perbicaraan, Azlina mula membaca pelbagai bahan berkaitan undang-undang bagi memahami proses yang berlaku di mahkamah.

Sementara itu, pengalaman berulang-alik ke penjara setiap minggu bukan sahaja memberi gambaran tentang perjalanan kes, malah membuka matanya mengenai kesukaran yang dihadapi keluarga banduan lain.

“Saya tengok ramai ibu bapa tak faham prosedur, jadi saya cuba bantu setakat yang mampu.
“Rakan-rakan kata saya boleh bercakap macam peguam, jadi saya cuba mohon. Walaupun saya tidak mempunyai SPM, saya menggunakan pengalaman kerja untuk melayakkan diri memasuki universiti melalui laluan khas,” kata Azlina.

Menurutnya, dia turut memberanikan diri ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya ingat lagi pergi ke UIAM ntuk bertanya cara untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang.
“Pegawai yang melayan saya agak hairan kerana saya tidak mempunyai SPM dan hanya seorang suri rumah. Jadi, saya hanya beranikan diri sahaja,” ujarnya.

Jelas Azlina, dia memulakan pengajian undang-undang sambil masih menguruskan kes anaknya yang sedang dibicarakan di mahkamah pada usia 43 tahun.

Tahun 2022 menjadi detik paling bermakna apabila anaknya akhirnya dibebaskan daripada pertuduhan selepas hampir enam tahun melalui proses perbicaraan.

“Alhamdulillah, anak saya dibebaskan selepas hampir enam tahun selepas didapati tidak bersalah. Malah anak juga sempat untuk melihat saya pada hari konvokesyen,” jelasnya.

Foto: Harian Metro

Kini, Azlina memiliki firma guamannya sendiri dan memberi tumpuan kepada kes sivil serta jenayah, berbekalkan pengalaman hidup yang pernah dilaluinya sebagai anak guam.

“Saya pernah jadi anak guam, jadi saya tahu macam mana perasaan itu. Saya bertekad untuk menjadi peguam yang benar-benar membantu dan tidak mengambil kesempatan terhadap kesusahan orang lain,” kata Azlina.

Sumber: Harian Metro (Hafiz Ithnin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang ibu mengundang sebak warga sekolah apabila hadir mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) milik anaknya yang telah meninggal dunia, sekali gus meninggalkan kenangan...

Lokal

“Dua hari saya tak boleh tidur malam, setiap kali pejam mata, kejadian itu bermain dalam ingatan,” luah Megan, 42, saksi utama yang masih trauma...

Sosial

Baru-baru ini tular di media sosial, pasangan suami isteri berkongsi berita gembira apabila tidak lagi menjalani hubungan jarak jauh akibat tuntutan kerja. Suami meninggal...

Bisnes

Petroliam Nasional Berhad (Petronas) terus memantau rapi bekalan bahan api negara bagi memastikan kestabilan berterusan susulan krisis yang sedang berlaku di Asia Barat. Menurut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd