Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Berus Bulu Babi: JAKIM Tegas Takkan Kompromi! Tarik Sijil Halal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar syarat dan piawaian Pensijilan Halal Malaysia, terutamanya membabitkan unsur najis mughallazah seperti babi.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, berkata tindakan itu termasuk penarikan balik Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) terhadap sebuah kilang kopi dan kilang biskut di Melaka yang didapati mempunyai berus dengan ciri bulu babi.

Tindakan berkenaan dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

“Syarikat terbabit telah diarahkan menghentikan serta-merta penggunaan logo halal Malaysia, menarik balik semua produk yang terkesan daripada pasaran serta melaksanakan tindakan pembetulan dan penambahbaikan secara menyeluruh termasuk proses sertu mengikut hukum syarak dan garis panduan yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Artikel lain: Tular Isu Berus Bulu Babi, Sing Sing Coffee Nafi Terlibat & Sijil Halal Masih Sah

Beliau menekankan bahawa JAKIM menghormati sepenuhnya bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri yang bertanggungjawab dalam pengurusan pensijilan halal serta pemantauan dan penguatkuasaan terhadap pemegang SPHM.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebarang ketidakpatuhan, khususnya yang melibatkan unsur najis mughallazah seperti babi, satu pelanggaran serius yang tidak boleh dipandang ringan dan memerlukan tindakan tegas serta-merta,” tambahnya.

Sirajuddin berkata JAKIM akan terus menggembeleng kerjasama strategik bersama semua pihak berkuasa untuk memperkukuh aspek pemantauan dan penguatkuasaan, memastikan integriti Pensijilan Halal Malaysia sentiasa terpelihara, dan kemaslahatan masyarakat dalam memperoleh makanan halal terjamin.

Sumber: FB Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Nara Smith, mendedahkan anak perempuannya yang berusia dua tahun, Whimsey, disahkan menghidap kanser selepas menjalani beberapa siri pemeriksaan kesihatan pada penghujung...

Lokal

Persatuan majikan menyatakan kesediaan untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada pelarian Rohingya dalam sektor 3D (kotor, berbahaya dan sukar) sekiranya kerajaan membenarkan mereka bekerja secara...

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil memberikan penjelasan susulan kontroversi yang tular sejak semalam dengan memohon orang ramai agar tidak terus membuat andaian atau...

Lokal

Seorang lelaki warga Indonesia ditemukan rentung dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah dua tingkat di Kampung Bayu Permai, Beluran, hari ini. Ditemui rentung dalam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd