Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Dia Pukul Kami..”- Surat Terakhir Pesakit Kanser Luah Derita Didera Ibu Tiri, Bapa Hanya Diam

Surat Terakhir Pesakit Kanser Luah Derita

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat.

Ia selepas pendedahan mengejutkan dibuat oleh adik mangsa mengenai penderaan fizikal dan mental yang didakwa dialami mendiang sepanjang hayatnya.

Mangsa, Wong Qiu Yeu, disahkan meninggal dunia pada awal pagi 18 Januari lalu selepas bertarung dengan kanser tulang.

Surat Terakhir Pesakit Kanser Luah Derita Didera Ibu Tiri

Namun, pemergiannya tidak berakhir dengan ketenangan apabila sepucuk surat terakhir yang ditinggalkan mendiang tular di media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut adik mendiang, surat tersebut ditulis sendiri oleh kakaknya sebelum meninggal dunia.

Surat berkenaan mendedahkan penderitaan berpanjangan yang dialami mereka di bawah jagaan ayah kandung dan ibu tiri, termasuk layanan kejam ketika mendiang sedang uzur akibat penyakit kanser.

“Ayah, adakah ayah benar-benar begitu berharap saya mati?” tulis mendiang dalam surat terakhirnya yang dipercayai ditulis pada 9 Januari lalu.

Dalam surat berkenaan, mendiang mendakwa dirinya dan adik perempuan sering dianiaya, dinafikan keperluan asas, dihalang menggunakan kemudahan rumah.

Bukan itu sahaja, mereka juga mangsa penderaan fizikal serta mental, sementara ayah mereka didakwa memilih untuk berdiam diri.

Pendedahan itu turut disokong dengan penemuan pelbagai bahan bukti dalam telefon bimbit mendiang, termasuk rakaman video, gambar dan perbualan mesej yang dipercayai dirakam sendiri oleh mendiang sebagai dokumentasi terhadap penderitaan yang dialaminya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara dakwaan yang didedahkan termasuk bilik tidur diceroboh secara paksa, penggunaan tandas dihadkan, makanan dibuang, serta layanan tidak berperikemanusiaan ketika mendiang masih menjalani rawatan dan pemulihan kanser.

Artikel lain:  Ibu Dedah Bayi Didakwa Didera Pengasuh Alami Trauma – “Dia Tak Boleh Dengar Suara Kuat..”

Adik mangsa menegaskan pendedahan tersebut dibuat bukan untuk meraih simpati atau mencetuskan sensasi, sebaliknya bagi memastikan luahan dalam surat terakhir kakaknya tidak disalah anggap sebagai rekaan semata-mata.

“Semua yang ditulis kakak saya dalam surat itu bukan khayalan. Ia adalah refleksi kepada penderitaan sebenar yang dialaminya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Kes ini mencetuskan perbincangan meluas mengenai penderaan dalam institusi keluarga serta keperluan campur tangan awal pihak berwajib bagi melindungi mangsa, khususnya mereka yang sedang berdepan penyakit serius.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: FB 秋秋

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majikan kepada Dicky Yau, iaitu lelaki yang dibantu oleh Abang Minyak Hitam Jalanan sewaktu mengalami kesulitan disebabkan motosikal yang ditunggangi mengalami masalah. Menerusi perkongsian...

Sosial

Pempengaruh dikenali sebagai “Minyak Hitam Jalanan”, Abang Usop, berkongsi pengalaman apabila seorang individu yang pernah dibantunya, Dicky Yau, tampil menunaikan janji dengan menyerahkan sebahagian...

Dunia

Syarikat minyak dan gas dari Itali, Eni, dilaporkan menemui satu lagi sumber gas berskala besar di Indonesia menerusi sumur eksplorasi Geliga-1 yang terletak di...

Lokal

Terengganu mencatatkan peningkatan mendadak kes perceraian yang dilihat sebagai petunjuk awal krisis sosial, sekali gus memerlukan tindakan segera dan menyeluruh daripada semua pihak. Ahli...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd