Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Super Junior Heechul Tamatkan Zaman Bujang, Kahwini Diri Sendiri

Ahli kumpulan K-pop Super Junior, Kim Heechul akhirnya menamatkan zaman bujangnya dengan menikahi dirinya sendiri baru-baru ini.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Heechul membuat pendedahkan perkahwinannya dalam satu siri rancangan realiti Korea, SBS My Little Old Boy, lapor Koreaboo.

Menerusi episod itu, pihak produksi menunjukkan satu tayangan video Heechul mencari pakaian untuk dirinya dan pengantin perempuan.

Melalui video tersebut, penyanyi berusia 40 tahun itu berkata dia perlu menurunkan berat badan terlebih dahulu sebelum hari perkahwinannya.

Heechul kahwini diri sendiri

“Saya akan berkahwin. Saya perlu turunkan berat badan untuk perkahwinan ini,” katanya.

Tambahnya lagi, dia tidak mahu mengikut stereotaip yang mana lelaki mesti memakai tuxedo berwarna hitam ketika berkahwin.

“Saya tidak mahu mengikut stereotaip lelaki mesti pakai tuxedo hitam untuk berkahwin. Ada sut warna putih juga?,” ujarnya.

Dia juga berkata mahu memakai sut berwarna merah untuk perkahwinannya disamping menjemput rakannya Tak Jae Hoon, Kim Jong Kook, Choi Jin Hyuk dan Heo Kyung Hwan sebagai tetamu.

Selepas habis tayangan video itu, Heechul keluar ke hadapan semua tetamu dengan memakai tuxedo berwarna merah sambil membawa ikrar pengantin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum membacakan ikrar tersebut, dia berterima kasih kepada tetamu yang hadir dan mahu memperkenalkan pengantin perempuan dahulu.

“Terima kasih kerana sudi hadir ke majlis perkahwinan saya. Saya kenalkan pengantin perempuan dulu,” katanya.

Namun begitu, dia membuat kejutan dengan pengakuan bahawa kedua-dua pengantin hari ini merupakan dirinya sendiri, yang dia sangat cintai.

“Pengantin lelaki hari ini ialah Kim Heechul dan pengantin perempuannya juga Kim Heechul, yang saya sangat cintai,” ujarnya.

Pada laporan sama, Heechul menyatakan dia mengamalkan perkahwinan bersama diri sendiri demi kebahagiaannya.

Selepas mendengar kenyataan daripada anaknya, ibu Heechul bertanya adakah dia tidak akan mencari wanita lain untuk dikahwini.

“Jadi kamu tidak akan berkahwin?” tanya ibunya.

Heechul menjawab soalan itu dengan berkata, dia bukannya tidak mahu berkahwin namun apabila memikirkan perkara itu, dia tertanya-tanya adakah dia layak untuk mencintai seorang wanita.

“Saya bukan tidak mahu berkahwin dan saya juga terfikir perkara itu. Tapi, adakah saya layak untuk mencintai seorang wanita?,” jawabnya.

Pada masa yang sama, penyanyi itu juga berkata dia mempunyai hak untuk menyayangi dirinya sendiri lebih daripada orang lain.

“Bukankah saya patut sayang diri saya terlebih dahulu sebelum orang lain,” ujarnya.

Heechul juga melakukan dua pendedahkan iaitu ketika berusia 20-an, dia berasa sedih kerana tidak boleh mencium dirinya sendiri selain akan mencium dirinya di cermin setiap kali selepas mandi.

Artikel lain: Kyuhyun Super Junior Dedah Diminta Jalani Pembedahan Plastik Selepas Debut

“Ketika saya berumur 20-an, saya sedih kerana tidak dapat mencium diri saya sendiri. Kamu tidak pernah mencium diri sendiri di cermin selepas mandi?
“Perkahwinan ini adalah perkara yang saya perlukan lebih daripada orang lain,” jelasnya.

Dalam episod itu juga, Heechul membacakan ikrar perkahwinannya dengan nyanyian lagu perkahwinan oleh rakan artis Kim Jong Kook.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tonton video penuh:

Sumber: Koreaboo, X @radio2472, Youtube sNack

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menegaskan komitmennya untuk terus bersama kelab Harimau Selatan bagi tempoh yang panjang. Menurut laporan Kosmo!...

Politik

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan telah mengkritik kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya...

Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan mengumumkan larangan penyertaan kanak-kanak sebagai jemaah semasa musim haji 2025. Dilarang sertai musim haji 2025 Foto: Azernews...

Lokal

Punca seorang lelaki menembak tukang cuci di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam malam tadi mungkin disebabkan tidak puas hati ditegur supaya mengalihkan barang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd