Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Sunway Malls Lancarkan Kempen ‘Gaya Riang Ria’, Sediakan Pengalaman Istimewa Buat Pengunjung

Sunway Malls lancarkan kempen ‘Gaya Riang Ria’ dengan mengambil pendekatan moden ke atas perayaan Hari Raya di pusat beli belah mereka.

Pusat beli belah itu telah melancarkan kempen ini dengan sebuah persembahan khas dan diakhiri dengan sesi berbuka puasa seperti yang diamalkan oleh Sunway Mall setiap tahun.

Pelancaran itu telah dijalankan di Sunway Putra Mall dengan Ruang Legar Utama ala Souk yang meriah, di mana ia dihiasi dengan bazar dan pelbagai fabrik berwarna-warni.

Sementara itu, pembeli-belah juga akan dapat berkongsi kemeriahan dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti bertema kebudayaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tidak cukup dengan itu, pembeli-belah juga akan merasai keseronokkan di pusat beli-belah Sunway yang lain juga seperti di Sunway Pyramid dan Sunway Velocity Mall.

Setiap pusat beli-belah akan membawakan pengalaman serba interaktif yang unik bagi memastikan pengunjungnya diwarnai dengan detik-detik indah.

Sunway Pyramid menampilkan Gaya Photo Booth yang mana para pengunjungnya boleh mengambil gambar mereka dan mencetaknya untuk dijadikan kenangan.

Sunway Malls lancarkan kempen ‘Gaya Riang Ria’

Selain itu, Sunway Velocity Mall membawakan Pencahayaan Interaktif di Atrium Utama, menambah satu lagi dimensi keseronokan buat pembeli-belah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terokai Pameran Tembikar menerusi sebuah Terowong Interaktif yang akan memperagakan seni tembikar buatan tangan oleh Touch of Clay di Sunway Putra Mall.

Manakala Sunway Big Box Retail Park pula mengajak pembeli-belah untuk mengamati Sensory Gaya Lava Land, sebuah pengalaman serba imersif  dan juga mesra autisme untuk merangsang deria anda.

Tidak cukup dengan itu, saksikan juga karya seni artis tempatan yang disuntik nafas menerusi dekorasi serta item penebusan yang dibawakan oleh pusat beli-belah ini.

Artikel lain: EV XPeng Secara Rasmi Masuk Ke Malaysia, Lantik Bermaz Auto Berhad Jadi Pengedar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sunway Malls juga bawakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan pelanggan yang bakal membuatkan pengalaman membeli-belah lebih istimewa.

Dalam pada itu, Sunway Malls juga akan bawakan pelbagai aktiviti dan program sehingga 14 April yang mana ia boleh dinikmati oleh seisi keluarga.

“Dari bengkel kraf tangan hinggalah ke persembahan yang mengujakan, pembeli belah dapat mengambil peluang untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama insan tersayang sambil mengukir kenangan yang bermakna,” katanya dalam satu kenyataan.

Setiap pusat beli belah itu akan menawarkan item penebusan yang unik buat para pelanggan seperti Sampul Gaya Raya eksklusif yang digubah oleh artis tempatan, Nas Suha untuk seluruh rangkaian Pusat Beli Belah Sunway.

Disamping itu, pusat beli belah ini turut menyediakan item penebusan seperti bekas kaca dan mangkuk tingkat di Sunway Putra Mall dan Set Kembara Getha di Sunway Pyramid.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa yang sama, pelbagai ganjaran lain juga akan diberika di Sunway Velocity Mall, Sunway Carnival Mall dan Sunway Big Box Retail Park.

Bukan itu sahaja, ahli Sunway Super App juga dapat meraihkan sehingga 30X mata ganjaran melalui sesi ‘shopping raya’, menjadikan pengalaman membeli-belah pelanggan lebih berbaloi di pusat beli-belah Sunway.

Jom ramai-ramai berbuka puasa di Sunway Malls pada bulan Ramadan ini di mana pelbagai restoran tempatan dan antarabangsa menanti para pengunjung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Politik

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hanya memberikan gred D, iaitu 35.8 peratus sepanjang dua tahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan walaupun ramai menyifatkan kerajaan...

Lokal

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengiktiraf pencapaian cemerlang 70 pemain industri pembinaan di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang berlangsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd