Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sultan Selangor Perkenan Selangor FC Tidak Sertai Piala Sumbangsih

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Jumaat ini.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, baginda bagaimanapun menzahirkan rasa kecewa kerana pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menolak permohonan Selangor FC supaya menangguhkan perlawanan berkenaan.

Foto: FB Selangor FC

“Selaku Penaung Selangor FC, Baginda berpandangan, susulan berlakunya beberapa insiden mengancam nyawa yang melibatkan pemain dan pegawai baru-baru ini, adalah bertepatan untuk pasukan Selangor FC tidak menyertai perlawanan berkenaan yang juga merupakan aksi pertama Liga Super edisi 2024,” katanya.

Baginda bertitah, keputusan dibuat Selangor FC itu bukan sahaja soal isu keselamatan, tetapi juga keadaan moral pasukan yang masih terganggu dan terkesan dengan insiden simbah asid melibatkan pemain sayap, Faisal Halim turut diambil kira.

Advertisement. Scroll to continue reading.

https://www.facebook.com/selangorroyaloffice/posts/pfbid0t8qxeuPnfJWPZ7vCfAufaFjDeT1HMJf3ctgcKfoyLe3hB64WNgdWAJH8PiNBN3yl?__cft__[0]=AZUmQxKb9DkZMBRIi9PUEOrs_KKwDc2aOFOwA2DtJzQKgjx-J5C5zBmuPVka7OdW8XWcbY3DzomSa0SQT_T8-61ahTocSAt4RIVzSjlHc2h4h_ngsSJW9VdA4kufSfTlyTiseujMJQuWzx6MW_byJa7YG4KW__6W2XCIu1DdWYw7upjge6wO1YFbhBWtm-sFLmIkmvBxFlRuzkY1JiPSvDbS&__tn__=%2CO%2CP-R

“Keutamaan ketika ini adalah nyawa serta keselamatan para pemain, dan bukannya untuk memenangi piala berkenaan.
“Justeru, Baginda turut menyokong solidariti untuk membanteras keganasan sukan dalam apa jua bentuk,” ujar baginda.

Baginda turut berpesan agar semua pihak memahami tahap keseriusan insiden yang melibatkan nyawa pemain sebegini, dan ia tidak sama dengan kes-kes sebelum ini, apatah lagi ia berlaku sangat hampir dengan tarikh perlawanan.

Foto: Kosmo

Baginda turut menegaskan bahawa Selangor FC sedia berdepan dengan apa jua tindakan, susulan daripada keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, Selangor FC menerusi satu kenyataannya malam tadi telah memaklumkan bahawa tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 selepas permohonan mereka untuk menangguhkan perlawanan ditolak MFL semalam.

Sumber: Facebook (Selangor Royal Office)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd