Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sultan Nazrin Titah Perak Kibar Bendera Separuh Tiang

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah agar bendera negeri Perak  dikibarkan separuh tiang hari ini bagi mengenang pemergian Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tuanku menzahirkan rasa sedih dan dukacita bagi seluruh rakyat di negeri Perak atas berita pemergia negarawan itu.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dalam kenyataan berkata, kibaran bendera secara separuh tiang ini adalah khusus bagi bendera negeri Perak sahaja dan dilaksanakan di semua premis kerajaan, termasuk kediaman rasmi dan kuarters kerajaan.

“Pelaksanaan hendaklah dibuat sebaik sahaja selesai sesi Titah DiRaja sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Dewan Negeri yang Kelima belas Perak Darul Ridzuan,” titah baginda.

Oleh itu, semua jabatan, agensi serta pihak terlibat diminta untuk patuh melaksanakan titah dengan penuh tertib dan hormat, sebagai tanda penghormatan atas jasa dan sumbangan Allahyarham kepada negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd