Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sultan Johor Dipilih Sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-17

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong seterusnya.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khas hari ini bersetuju memilih Sultan Ibrahim menjadi Agong ke-17.

Sultan Johor agong seterusnya

Artikel lain: Al-Sultan Abdullah Bakal Tamat Pemerintahan 30 Januari 2024

Difahamkan, baginda akan menggantikan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dari Pahang dimana penggalnya akan tamat pada 30 Januari tahun depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini,  Sultan Ibrahim menzahirkan kesediaan baginda untuk melaksanakan tugas untuk negara dan rakyat.

Sekadar info, baginda bersama Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris mempunyai enam anak iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail; Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah; Tunku Idris; Tunku Abdul Rahman; Tunku Abu Bakar; dan Tunku Abdul Jalil, yang mangkat pada 2015.

Sumber: Free Malaysia Today

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur akhirnya dibuka semula kepada umat Islam hari ini selepas ditutup selama 40 hari oleh Israel susulan tindakan ketenteraan bersama...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa selat-selat utama di negara itu mempunyai kepentingan strategik kepada perdagangan dunia, sekali gus menjadikan Indonesia sentiasa menjadi perhatian...

Sosial

Usahawan yang juga pempengaruh media sosial Anees Ayunie meluahkan rasa syukur apabila sekali lagi menerima hadiah sebuah rumah daripada suaminya bersempena kehamilan anak kedua...

Sosial

Seorang pelancong dari China diheret keluar dari penerbangan selepas didakwa menepuk punggung seorang pramugari di dalam pesawat Malaysia Airlines pada Rabu. Kejadian tersebut dirakam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd