Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sukar Buktikan Kesahihan Tiang Tempat Nabi Khidir Bersandar – Mufti Terengganu

Kisah tiang yang menjadi tempat bersandar Nabi Khidir AS ketika bertemu dengan ulama tersohor Terengganu, Tokku Paloh sukar dibuktikan kesahihannya.

Menurut satu laporan Sinar Harian, Mufti Terengganu Datuk Dr Mohamad Sabri Haron berkata, hal tersebut disebabkan kerana kisah yang tiba-tiba tular di media sosial itu telah berlaku dalam tempoh yang sudah terlalu lama.

Foto: Utusan

“ALLAH SWT mengetahui segalanya. Sesiapa pun boleh mendakwa cuma nak membuktikan itu bukan mudah, apatah lagi Tokku Paloh sudah tiada untuk ditemu bual.
“Kita tidak mampu menafikan pengalaman masing-masing, cuma kita tidak ada kemampuan untuk mengesahkan apatah lagi kita tidak mengenali paras rupa Nabi Khidir tersebut,” katanya pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai satu video yang tular di media sosial mendakwa wujud tiang menjadi tempat Nabi Khidir bersandar di sebuah kawasan dipercayai Surau Tokku Paloh.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@disebaliktiraimimpi

Tabaruk Tiang Tempat Bersandar Nabi Khidir Di Terengganu Malaysia #karomahwali #ahlulkalamahlulbidaah #salafusshalih #fyp #janganisapgam😆 #agamaislambukanagamakartun #tegardiatasalqurandansunnah #nabikhidir #tokkupaloh #dakwaanbatil #nabikhidirdimalaysia @Abu Mustaqim Khairul Ikhwan @DrRORA @Sidang Kalam

♬ original sound – Remy Lepat Liat – Remy Lepat Liat

Video yang berdurasi dua minit 54 saat itu juga menunjukkan orang ramai mengunjungi kawasan tersebut untuk melihat sendiri tiang berkenaan.

Sementara itu, Mohamad Sabri juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mengutuk perbuatan individu di dalam video tersebut kerana tidak pasti niat sebenar mereka sekali gus menasihatkan untuk mengelak sebarang kepercayaan serta taasub terhadap sesuatu agar tidak lari daripada landasan Islam yang benar.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita tidak boleh kata orang yang berkunjung ke sana kerana mereka percaya dakwaan mengenai tiang yang menjadi tempat bersandar Nabi Khidir itu. Mungkin mereka pergi kerana hendak melihat sendiri dan memikirkan logik di sebalik dakwaan itu.

Foto: Tangkap Layar Media Sosial

“Apa pun, umat Islam perlu bersabar dan tunggu siasatan dijalankan oleh pihak bertanggungjawab (Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu) serta berhati-hati dengan sebarang dakwaan yang melibatkan kepercayaan tanpa bukti yang kukuh,” tambahnya lagi.

Terdahulu, tular satu video menerusi aplikasi Tik Tok yang dimuat naik pemilik akaun @disebaliktiraimimpi memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita berkunjung ke sebuah surau dipercayai tempat dimana tiang itu berada.

Sumber: Sinar Harian (Norhaspida Yatim), TikTok @disebaliktiraimimpi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerajaan akan menbuat pengumuman khas kenaikan gaji 1.5 juta penjawat awam yang akan dibuat pada Jumaat, 16 Ogos depan. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan...

Lokal

Jenazah Nur Farah Kartini Abdullah difahamkan akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Lereng Bukit, Miri Sarawak bagi proses pengebumian pada hari ini....

Sosial

Tular di media sosial sepasang suami isteri warga emas yang ditemukan meninggal dunia dan membusuk di dalam bilik rumah mereka di kawasan Jonggol, Jawa...

Sosial

Bapa kepada salah seorang mangsa yang lemas Air Terjun Jami, Maros, Sulawesi Selatan pada Jumaat tahan tangis selepas menerima berita anak perempuannya lemas. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd