Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Sukan SEA 2027: KBS Anggar Kos Cecah RM700 Juta

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menjangkakan penganjuran Sukan SEA 2027 di Kuala Lumpur termasuk tiga negeri lain, iaitu Sarawak, Sabah, dan Pulau Pinang bakal menelan kos perbelanjaan sekitar RM700 juta.

Menerusi laporan Berita Harian, Menterinya Hannah Yeoh berkata, kos itu bagaimanapun tidak ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan pusat berikutan ketiga-tiga negeri terbabit telah bersetuju untuk bersama menanggung kos penganjuran.

Foto: Berita Harian

“Anggaran kos ini dibuat berdasarkan pengalaman penganjuran Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata, kementerian sudah pun menghantar surat jemputan kepada semua pimpinan negeri untuk menjadi penganjur bersama bagi temasya berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Kosmo!

“Selepas peringatan diberikan, hanya tiga negeri yang menjawab untuk menanggung kos berkenaan,” ujarnya.

Hannah turut memuji langkah penganjuran bersama itu kerana dapat menjimatkan kos selain memberikan pengalaman yang lebih variasi kepada atlet dan peminat sukan.

“Dengan empat lokasi, bukan hanya Kuala Lumpur, penjimatan dan tanggungjawab bersama akan terhasil. Atlet dan peminat dapat merasai suasana yang berbeza dari kebiasaan,” tambahnya lagi.

Foto: Facebook KBSMalaysia

Turut dilaporkan Sarawak merupakan penyumbang terbesar dalam penganjuran bersama itu dengan menanggung kos melebihi RM300 juta, diikuti dengan Sabah sebanyak RM100 juta, manakala Pulau Pinang pula RM15 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Zulfaizan)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd