Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Suga BTS Derma RM300k Kepada Mangsa Gempa Turkiye & Syria Sempena Hari Lahir

Bersempena denga ulang tahun kelahiran yang ke-30, salah seorang ahli kumpulan K-pop terkemuka dunia, BTS iaitu Suga telah mendermakan sejumlah wang kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Turkiye dan juga Syria.

Memetik laporan dari Allkpop, difahamkan Suga telah mendermakan lebih kurang RM348,000 bersempena ulang tahun kelahirannya yang disambut pada 9 Mac lalu.

Bantuan untuk Turkiye & Syria

Tindakan yang begitu mulia dari seorang idola masyarakat itu telah didedahkan oleh pertubuhan Save The Children dengan mengatakan telah menerima sejumlah wang yang begitu banyak daripada artis tersebut.

“Suga telah menderma sebanyak RM348 ribu untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria,” ujar pihak pertubuhan.
View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by SUGA of BTS 민윤기 (@agustd)

Berharap agar mereka yang terkensan dapat dibantu

Dalam pada itu, Suga juga sempat mengucapkan salam takziah kepada semua mangsa yang terlibat dan berharap jumlah yang didermakan sedikit sebanyak dapat membantu mereka bangkit semula setelah bencana yang terjadi.

“Ada banyak kanak-kanak dan keluarga yang terkesan dengan bencana yang melanda. Saya mengucapkan takziah untuk semua mangsa terkorban dan yang terselamat.
“Saya harap bantuan tidak seberapa yang diberikan ini mampu memberi harapan kepada kanak-kanak dan digunakan dengan baik untuk membantu mereka,” katanya.
View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by SUGA of BTS 민윤기 (@agustd)

Difahamkan, sumbangan yang diberikan Suga itu akan digunakan untuk membeli tilam, keperluan sekolah dan juga barangan asas yang lain.

Sumber: Allkpop

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd