Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Harga Minyak Global Naik, Subsidi Budi Madani RON95 Dikekalkan -MoF

Di sebalik kenaikan harga minyak global yang kini melebihi USD100 setong, kerajaan mengekalkan harga subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif BUDI MADANI (BUDI95) pada RM1.99 seliter. Langkah ini diumumkan Kementerian Kewangan (MOF) bagi memastikan rakyat terus dilindungi, terutama menjelang musim perayaan.

Tak pindahkan kenaikan harga global kepada pengguna

MOF memaklumkan, kerajaan tidak memindahkan sepenuhnya kenaikan harga global kepada pengguna walaupun harga bahan api domestik tetap dipengaruhi pasaran antarabangsa.

Malah, kerajaan kini menanggung subsidi melebihi RM3 bilion sebulan bagi mengekalkan harga tersebut, termasuk diesel bersubsidi pada RM2.15 seliter untuk sektor pengangkutan awam dan barangan.

“Langkah pengekalan subsidi ini adalah untuk memastikan persediaan rakyat untuk menyambut Aidilfitri kekal lancar,” menurut kenyataan itu.

Artikel lain: Enggan Bebankan Rakyat, Kuota BUDI95 Tak Akan Dikurangkan Ikut Kelas Pendapatan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kenaikan dipengaruhi geopolitik

Namun begitu, selaras dengan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga RON97 dinaikkan kepada RM4.55 seliter berbanding RM3.85 sebelum ini.

Harga diesel di Semenanjung Malaysia turut meningkat kepada RM4.72 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi serta diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal masing-masing pada RM3.27 dan RM2.15 seliter.

Menurut MOF, kenaikan ini dipengaruhi ketegangan geopolitik di Asia Barat serta ketidakpastian bekalan global yang memberi kesan kepada pasaran tenaga dunia.

“Walaupun Malaysia negara pengeluar minyak, produk petroleum bagi kegunaan domestik masih diperoleh melalui pasaran global.
“Justeru, harga bahan api domestik kekal dipengaruhi oleh pergerakan harga antarabangsa,” menurut MOF.

Dalam masa sama, lebih 400,000 kenderaan pengangkutan awam dan barangan darat terus menerima perlindungan melalui skim subsidi bersasar seperti SKDS dan SKPS.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kerajaan MADANI akan terus mengambil pendekatan berhemah dan bertanggungjawab dalam mengurus harga bahan api domestik susulan ketidaktentuan berterusan dalam pasaran minyak global.

“Walaupun berhadapan kenaikan harga minyak global, harga bahan api di Malaysia kekal antara yang lebih rendah di rantau ini hasil langkah Kerajaan MADANI mengekalkan sebahagian subsidi bagi melindungi rakyat dan memastikan kestabilan ekonomi domestik,” menurut kenyataan itu.

Sumber: Bernama

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Nasional

Seramai 215,600 pelarian dan pencari suaka direkodkan berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia setakat Februari lalu, lapor Harian...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun maut dipercayai akibat ditikam dalam satu pergaduhan di Kilometer 12, Jalan Trans Perak, awal pagi semalam. Ketua Polis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd