Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Suami Maut Dirempuh! Isteri Di Hospital Tunggu Bersalin, Hanya ‘Video Call’ Untuk Tatap Wajah Terakhir

Hidup kadangkala memberi ujian paling pedih pada saat kita hampir menemui kebahagiaan.

Suami maut dua hari sebelum terima zuriat

Seorang wanita diuji dengan kehilangan suami tercinta hanya dua hari sebelum dia dijangka menimang cahaya mata mereka yang keempat pada 24 November 2025.

suami

Foto: FB Noor Aishah Ibrahim

Pada ketika itu, isteri arwah sedang berada di wad hospital, menantikan detik berharga kelahiran, tetapi dikejutkan dengan pemergian suami yang pergi terlalu awal.

Artikel lain: Suami Terjatuh Jambatan Pulau Pinang, Isteri Hamil Lima Bulan Minta Henti Spekulasi

Perasaan kehilangan dan hiba bercampur, meninggalkan ruang kosong yang sukar diisi walau dengan apa sekalipun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi perkongsian di Facebook @Mr Wan Cai Official, difahamkan tragedi berlaku pada 22 November 2025 ketika Allahyarham Mohd Rowi bin Ibrahim, 38 tahun, dalam perjalanan pulang ke rumah.

suami

Kejadian itu terjadi apabila sebuah kenderaan pacuan 4×4 jenis Toyota Hilux secara tiba-tiba memasuki lorong bertentangan dan merempuh motosikal yang ditunggangi arwah.

Rempuhan kuat menyebabkan arwah terpelanting, manakala motosikalnya terperosok di bawah kenderaan tersebut.

Arwah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, meninggalkan kesedihan yang amat mendalam untuk keluarga, terutama isteri yang sedang hamil.

Advertisement. Scroll to continue reading.
suami

Foto: Sosial Media

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang pada 23 November 2025.

Pasangan ini hidup berjauhan kerana urusan kerja dan keluarga di mana isteri arwah berada di Kedah menjaga ibunya yang sakit, manakala arwah tinggal di Seri Kembangan.

suami

Ketika kejadian tragis itu berlaku, isteri hanya mampu melihat suaminya melalui panggilan video buat kali terakhir, seolah tidak percaya bahawa suaminya telah pergi hanya dua hari sebelum mereka sempat menyambut anak mereka yang keempat.

Terdahulu, rakaman ketika berlakunya kemalangan tular di media sosial, menunjukkan detik-detik tragik kenderaan pacuan 4×4 cuba memotong kereta di hadapannya sebelum memasuki lorong bertentangan dan merempuh motosikal arwah.

suami

Kisah ini mengingatkan kita bahawa kehidupan tidak menjanjikan masa yang panjang bersama orang yang kita sayangi. Setiap ujian yang Allah beri datang mengikut kemampuan hamba-Nya. Dalam kehilangan, kita belajar untuk lebih menghargai cinta, kasih sayang, dan kenangan bersama pasangan, serta mendekatkan diri kepada-Nya walau di saat dugaan paling pedih.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook @Mr Wan Cai Official

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd