Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Baru Lepas ‘Photoshoot’ Raya, Suami Isteri Maut Kemalangan

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan sempena Hari Raya.

Suami isteri maut kemalangan

Suami isteri maut

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa Lokman Hakim Mohd Shukri, 23 dan isterinya Intan Suraya Zaidi, 24 dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Kuala Teloi Batu Lima selepas mengambil gambar di sebuah studio di Parit Panjang, Baling.

Pemilik Bromie Studio Muhammad Suhaimi Yahaya, 35, yang merakamkan gambar pasangan itu pada pagi kejadian meluahkan rasa terkejut dan sedih apabila mendapat berita pemergian pasangan tersebut.

“Mereka teruja kerana dapat ambil gambar raya yang siap dicuci terus hari ini dan saya hantar salinan ke telefon bimbit jenis Iphone milik mereka, masa ambil gambar tadi pun mereka banyak gelak dan cukup ceria.
“Tak lama kemudian saya terkejut apabila mendapat tahu kedua-duanya maut dalam kemalangan,” katanya.
Suami isteri maut

Foto: Sinar Harian

Artikel lain: Janji Raya Bersama, Suami Isteri Baru 3 Bulan Kahwin Meninggal Dunia Dalam Kemalangan

Tambahnya, pasangan itu sangat teruja apabila menerima gambar yang telah dicetak serta salinan digital yang dihantar ke telefon bimbit mereka.

“Ini kali kedua saya merakamkan gambar kenangan mereka dan tak sangka menjadi foto yang terakhir saya ambil untuk kedua-duanya,” ujarnya lagi.

Suami isteri maut kemalangan akibat kereta hilang kawalan

Difahamkan, kemalangan berlaku sekitar jam 4.16 petang apabila kereta perodua Myvi yang dinaiki pasangan terbabit hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori 10 tan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Suami isteri maut

Foto: Sinar Harian

Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Sumber: Sinar Harian (Siti Zubaidah Zakaraya)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis sedang memantau aktiviti segelintir pengasas produk kosmetik dan peniaga dalam talian yang sering mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial bagi mengesan kemungkinan...

Sukan

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dilaporkan memulakan siasatan awal terhadap Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) serta presidennya, Claudio Tapia...

Lokal

Seorang penggali kubur, Rosli Abdullah, 52, kini hanya mampu bergantung sepenuhnya kepada cecair yang disalurkan menerusi tiub selepas hilang keupayaan untuk membuka mulut dan...

Nasional

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Nasihat Taufan (Bavi) selepas ribut tropika berkenaan dikesan pada jam 8 pagi, kira-kira 1,151 kilometer (km) ke...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd